Presiden EU: Risiko UK Meninggalkan Eropah Tanpa Perjanjian Baru Masih Kekal

Presiden EU: Risiko UK Meninggalkan Eropah Tanpa Perjanjian Baru Masih Kekal

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada hari melaporkan terdapatkan perkembangan yang jelas dalam rundingan Brexit, namun tetap tidak

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada hari melaporkan terdapatkan perkembangan yang jelas dalam rundingan Brexit, namun tetap tidak menafikan risiko peralihan tanpa perjanjian pada 31 Disember masih kekal.

UK dan EU kini dalam usaha-usaha yang terakhir bagi menyepakati beberapa syarat yang akan memastikan perdagangan antara kedua negara dapat berlangsung tanpa tarif dan kuota pada tahun 2021.

“Hari-hari berikutnya akan menjadi penentu. Kesatuan Eropah bersedia untuk berhadapan senario tanpa perjanjian, namun tentu sahaja perjanjian yang lebih kami inginkan”, tambah beliau.

Presiden von der Leyen juga memperingatkan bahawa masa semakin suntuk, dan mereka akan berusaha sedaya upaya serta lebih kreatif untuk mendapatkan perjanjian.

Beberapa isu seperti telah menunjukkan perkembangan yang positif seperti perjanjian perkongsian baru ke atas barangan, perkhidmatan dan pengangkutan.

Namun isu seperti kuota perikanan, akses perairan, bagaimana menyelesaikan konflik di masa hadapan termasuk memastikan persaingan yang adil terus menjadi penghalang utama.

“Kita perlu mewujudkan mekanisme yang kuat, memastikan bahawa persaingan (kekal) bebas dan adil dari semasa ke semasa. Dalam perbincangan mengenai bantuan negara, kita masih menghadapi masalah serius, misalnya ketika berkaitan dengan penguatkuasaan,” kata von der Leyen.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: