Presiden EU: Secara Undang-Undang, Perjanjian Brexit ‘Tidak Boleh Diubah’

Presiden EU: Secara Undang-Undang, Perjanjian Brexit ‘Tidak Boleh Diubah’

Ketua EU Ursula von der Leyen dalam satu kenyataan menyebutkan harapan untuk mendapatkan perjanjian pasca Brexit semakin pudar dan memperingatkan UK

Ketua EU Ursula von der Leyen dalam satu kenyataan menyebutkan harapan untuk mendapatkan perjanjian pasca Brexit semakin pudar dan memperingatkan UK untuk tidak bersendirian mengubah syarat perjanjian yang telah disepakati.

“Hari demi hari, peluang untuk mendapatkan kesepakatan tepat pada masanya semakin pudar”, kata Presiden EU dalam ucapan tahunan Negara Kesatuan Eropah hari ini.

“Rundingan kebiasaannya sukar, dan kami sudah biasa dengan hal itu … namun perbincangan belum berjalan sebagaimana yang kami harapkan. Dan itu menyebabkan kami semakin kekurangan masa.”

Von der Leyen memperingatkan bahawa cubaan PM UK Boris Johnson untuk mengubah sebahagian syarat perjanjian peralihan yang telah ditandatangani tahun lalu adalah menyalahi undang-undang dan tidak dapat diterima.

“Perjanjian peralihan ini mengambil masa tiga tahun untuk dibincangkan,” katanya. “Dan kami bekerja keras tanpa henti, baris demi baris, dan meraih kesepakatan bersama-sama.”

Hasilnya akan “menjamin hak warganegara bersama, kepentingan kewangan, integriti pasaran tunggal dan yang paling penting, Perjanjian Good Friday,” jelas Von der Leyen.

EU dan UK “bersama-sama bersetuju bahawa ianya adalah satu-satunya langkah terbaik untuk memastikan keamanan di pulau Ireland. Dan kami tidak akan mundur dari keputusan tersebut,” tambah beliau.

Oleh itu ianya tidak boleh diubah, dibiarkan atau disalah gunakan oleh sebelah pihak. “Ini adalah masalah undang-undang dan kepercayaan serta kejujuran”, tegas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: