Presiden Fed NY: Pemulihan Penuh Dijangka Mengambil Masa Bertahun-tahun

Presiden Fed NY: Pemulihan Penuh Dijangka Mengambil Masa Bertahun-tahun

Ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan perubahan positif selepas pembukaan semula perniagaan. Namun begitu, peningkatan mendadak penularan virus di

Ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan perubahan positif selepas pembukaan semula perniagaan.

Namun begitu, peningkatan mendadak penularan virus di sebahagian negeri telah melambatkan kadar pemulihan yang mana berkemungkinan akan mengambil waktu lebih lama untuk ekonomi kembali mengukuh sepenuhnya, kata Presiden Fed New York John Williams semalam.

Peningkatan perbelanjaan pengguna dan permit pembangunan menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi bertambah baik di beberapa kawasan dan “titik terendah” kejatuhan mungkin telah berlalu, ujar beliau.

“Masyarakat telah kembali bekerja dan kadar pengangguran mulai menurun,” kata Williams memetik kenyataan yang disiapkan bagi acara maya yang menumpukan isu berkaitan perbankan pusat semasa wabak.

“Walaupun kemajuan ini dialu-alukan, namun ekonomi masih jauh dari keadaan yang sihat dan pemulihan sepenuhnya mungkin memerlukan masa bertahun-tahun untuk dicapai.”, tambah beliau.

Fed pada bulan Mac lalu bertindak secara agresif untuk membantu ekonomi AS dengan memotong kadar faedah menghampiri kosong peratus, membeli bon bernilai trilion dolar dan melancarkan alat pinjaman kecemasan bagi mengekalkan aliran kredit kepada isi rumah dan perniagaan.

Berdasarkan perbincangan semalam, Williams mengatakan penggunaan kemudahan Fed yang semakin rendah merupakan tanda kejayaan kerana ini menunjukkan pasaran sedang berfungsi dengan baik.

Ketika disoal tentang alat monetari Fed yang lain, Williams mengulangi pandangan beliau bahawa kadar faedah negatif tidak sesuai untuk ekonomi AS.

Beliau berpandangan bahawa kawalan lengkungan hasil adalah alat yang mampu dijadikan pelengkap kepada panduan hadapan, namun pembuat dasar secara umumnya masih belum membuat sebarang keputusan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: