tesla-e1619499749935

Presiden Jokowi Ingin Tesla Jadikan Indonesia Negara Pembuat EV

Indonesia turut mengalu-alukan kehadiran gergasi pembuat kenderaan elektrik Tesla untuk membina kenderaannya di negara itu, kata presiden negara itu kepada Bloomberg News semalam.

Presiden Joko Widodo berkata bahawa Indonesia mahukan “ekosistem besar kereta elektrik” dan bukan hanya dieksploitasi untuk sumber aslinya.

Beliau juga berkata Indonesia sedang mempertimbangkan untuk mengenakan cukai ke atas eksport nikel tahun ini untuk meningkatkan pendapatan yang mana berkemungkinan akan berlaku sejurus suku ketiga.

Kenyataan Jokowi itu dikeluarkan selepas kerajaan Indonesia bersetuju untuk membenarkan Tesla melombong bijih nikel di negara kaya sumber itu.

Tesla dilaporkan telah berjaya mencapai perjanjian bernilai kira-kira AS$5 bilion untuk membeli produk nikel dari Indonesia.

Kerjasama ini telah disahkan oleh Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan pada 8 Ogos lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *