Presiden Xi: Sebesar & Sedalam Mana China Akan Terjejas Masih Menjadi Tanda Tanya

Presiden Xi: Sebesar & Sedalam Mana China Akan Terjejas Masih Menjadi Tanda Tanya

Presiden China Xi Jinping dalam satu kenyataannya berkata bahawa kerajaan akan menetapkan mensasaran pertumbuhan ekonomi tahunan China sekitar 6% jik

Presiden China Xi Jinping dalam satu kenyataannya berkata bahawa kerajaan akan menetapkan mensasaran pertumbuhan ekonomi tahunan China sekitar 6% jika krisis koronavirus tidak berlaku.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas China tidak memasukkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2020 di dalam laporan tahunan mereka, mengisyaratkan ketidaktentuan kesan daripada epidemik yang sedang melanda negara.

Reuters menyebutkan bahawa angka pertumbuhan teresbut adalah selari dengan jangkaan yang dikeluarkan pada awal bulan Disember tahun lalu, sebulan sebelum epidemik menyerang negara.

“Jika kami perlu menetapkan satu (sasaran KDNK), maka tumpuan akan diberikan kepada ransangan yang kuat serta mencapai kadar pertumbuhan yang mana tidak selari dengan tujuan pembangunan ekonomi dan sosial kami”, jelas Xi.

China ketika menghadapi risiko kelembapan sejak beberapa tahun yang lalu enggan membanjiri ekonomi mereka dengan kredit atau pinjaman mudah.

Hal ini kerena mereka dikatakan mengambil langkah berjaga-jaga daripada risiko hutang yang berpunca daripada rasangan besar-besaran.

Oleh itu, dasar di China terus menjadi perdebatan di antara mereka yang menyokong ransangan yang lebih agresif dan yang ingin terus menyokong ekonomi menerusi dasar yang sedia ada.

Dalam laporan tersebut turut mengatakan bahawa kerajaan akan memastikan dasar fiskal yang lebih proaktif dan fleksibel dengan dasar monetari, sambil meneliti pekerjaan dan meningkatkan penggunaan.

“Kemelesetan global tidak perlu dipertikaikan lagi. Namun sebesar dan sejauh mana kita akan terjejas, masih menjadi tanda tanya.”, tambah Xi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: