Preview BoC: USD/CAD Akan Meroket?

Preview BoC: USD/CAD Akan Meroket?

Peningkatan USD boleh dilihat sebagai salah satu sebab utama berlakunya penjualan secara agresif matawang loonie (CAD) menjelang pengumuman dasar kewa

Peningkatan USD boleh dilihat sebagai salah satu sebab utama berlakunya penjualan secara agresif matawang loonie (CAD) menjelang pengumuman dasar kewangan Bank Pusat Kanada (BoC) pada hari ini.

Tiada sebarang perubahan dijangka pada keputusan dasar namun telah berlaku 82% kemasukan harga ke dalam jangkaan rate hike pada bulan Oktober hadapan.

Hal ini menunjukkan sekiranya BoC serius untuk mengetatkan dasar, mereka perlu mempersiapkan segala maklumat dan sokongan pada kenyataan yang akan diterbitkan hari ini.

BoC telah menaikkan kadar faedah ke paras 1.50% pada bulan Julai yang lalu dan pada masa yang sama, Gabenor Poloz menegaskan keperluan rate hike diteruskan berikutan perkembangan ekonomi yang baik.

Hal ini dibuktikan dengan peningkatan inflasi dan pertumbuhan sektor pekerjaan. Walau bagaimanapun, aktiviti sektor pembuatan, pasaran perumahan dan jualan runcit terus melemah.

Rundingan NAFTA antara Kanada dan AS pula akan diteruskan pada hari ini, namun dijangka akan berlanjutan sehingga akhir minggu sebelum sebarang keputusan dapat diumumkan.

Tambahan pula, Presiden Trump telah menyukarkan jalan untuk Kanada mendapatkan perjanjian selepas menulis di dalam Twitter bahawa “tiada keperluan politik untuk kekalkan Kanada di dalam perjanjian NAFTA yang baru.”.

Jelas beliau lagi, “Jika mereka tidak mengemukakan sebarang perjanjian yang adil selepas menyalahgunakan AS berdekad yang lalu, Kanada akan dikeluarkan”.

Trump menegaskan bahawa Kongres tidak boleh campur tangan dalam rundingan tersebut atau beliau akan menamatkan NAFTA sepenuhnya.

Kenyataan Trump menunjukkan beliau tidak begitu memerlukan Kanada di dalam NAFTA. Ketidaktentuan dalam rundingan perdagangan telah menyebabkan pendirian hawkish BoC kelihatan tidak jelas.

Oleh itu, jika tiada perubahan besar dalam kenyataan BoC pada hari ini, USD/CAD akan melonjak lebih tinggi ke paras 1.33 sehingga terdapatnya perkembangan yang signifikan dalam rundingan perdagangan.

Manakala jika BoC dengan jelas menyatakan dalam kenyataan dasar bahawa kadar faedah perlu dinaikkan, USD/CAD berpotensi jatuh semula ke bawah 1.3100

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: