Preview BoE Rate: Dilema Brexit, Apakah Bullish Pound Masih Ada Harapan?

Preview BoE Rate: Dilema Brexit, Apakah Bullish Pound Masih Ada Harapan?

Penyusutan tekanan inflasi mungkin telah berakhir atau sekurang-kurangya telah pun berhenti. UK melaporkan peningkatan kecil inflasi CPI daripada 1.8

Penyusutan tekanan inflasi mungkin telah berakhir atau sekurang-kurangya telah pun berhenti. UK melaporkan peningkatan kecil inflasi CPI daripada 1.8% kepada 1.9% pada bulan Februari setelah mencatat kejatuhan sejak beberapa bulan yang lepas.

Antara faktor yang mendorong turun dan naiknya tekanan inflasi ini adalah perubahan harga pasaran minyak yang mana telah merosot lebih 40% sejak bulan Oktober tahun lalu sebelum pulih separuh daripada kerugian tersebut sejak awal tahun 2019.

Selain itu, sektor pekerjaan UK turut menunjukkan perubahan yang positif dengan kadar pengangguran susut daripada 4.0% kepada 3.9%, sementara pertumbuhan pendapatan pula bergerak lebih pantas daripada 3.2% kepada 3.4%.

Kedua-dua data di atas telah menambahkan lagi prospek rate hike BoE pada tahun ini, dan dengan peningkatan kadar faedah yang mungkin akan diisyaratkan pada bulan Ogos 2019 menerusi keputusan dasar BoE pada jam 8 malam ini, pound akan terdorong untuk didagang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, reaksi ke atas pound masih bercampur berikutan kebimbangan pelabur yang semakin memuncak terhadap ketidaktentuan jalan yang bakal ditempuh UK untuk keluar daripada EU pada 29 Mac hadapan.

Dilema Brexit ketika ini apakah Article 50 dapat ditangguhkan atau UK terpaksa keluar tanpa sebarang perjanjian.

Laporan terkini mengenai Brexit adalah PM May telah memohon daripada EU lanjutan tarikh peralihan yang lebih singkat sehingga 30 Jun hadapan.

Namun begitu Presiden Suruhanjaya Eropah Donald Tusk tidak akan meluluskan permohonan tersebut selagi dewan parlimen UK tidak menyatakan sokongan terhadap syarat perjanjian Brexit May.

Kini May dijangka mengusul semula perjanjian Brexit beliau buat kali ketiga pada minggu di dalam parlimen, sekali gus membuka seribu satu kemungkinan terhadap pengakhiran isu Brexit ini termasuk keadaan politik di UK.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: