Preview BoJ Rate: Ekonomi Jepun Dijangka Mengucup Pada Suku Tahun Pertama, Apakah Bank Pusat Akan Bersikap Lebih Dovish?

Preview BoJ Rate: Ekonomi Jepun Dijangka Mengucup Pada Suku Tahun Pertama, Apakah Bank Pusat Akan Bersikap Lebih Dovish?

Bank Pusat Jepun (BoJ) telah memulakan mesyuarat dasar dua hari mereka pada hari Rabu dengan berlatar belakangkan tahap ekonomi yang tidak memberansa

Bank Pusat Jepun (BoJ) telah memulakan mesyuarat dasar dua hari mereka pada hari Rabu dengan berlatar belakangkan tahap ekonomi yang tidak memberansangkan.

Berdasarkan laporan yang terkini, kadar pertumbuhan perbelanjaan isi rumah semakin perlahan, lebihan perdagangan mengecil, keyakinan merosot dan aktiviti pembuatan, perkhidmatan serta industri semakin lemah, malah inflasi juga berada di paras yang rendah.

Ekonomi Jepun secara keseluruhannya dijangka telah mengucup pada suku tahun pertama dan kesemua angka ini tidak akan mendorong bank pusat untuk menukar dasar mereka, namun BoJ tetap dilihat akan menurunkan penilaian ekonomi mereka.

Berkenaan isu perdagangan, AS dan Jepun sangat bermotivasi untuk mendapatkan perjanjian pada kadar yang segera, namun seperti yang diketuahi umum hal ini akan membabitkan penggubalan yang menyeluruh dan Presiden Trump telah menyuarakan bahawa beliau tidak senang dengan lebihan dagangan Jepun yang begitu besar.

Risiko Yen untuk menyusut masih ada, akan tetapi pasaran dijangkakan memberi reaksi yang kecil terhadap keputusan yang akan diumumkan oleh BoJ pada hari Khamis.

Memasuki hari Khamis, USD/JPY telah melonjak naik lebih 50 pips dan didagang sekitar 112.40 setakat jam 3.10 pagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: