Preview ECB Rate: Draghi Akan Jadi Penghalang Kepada ‘Bullish’ EUR?

Preview ECB Rate: Draghi Akan Jadi Penghalang Kepada ‘Bullish’ EUR?

Optimis terhadap Brexit telah memberi manfaat kepada euro, namun terdapat perdebatan yang mengatakan Bank Pusat Eropah (ECB) berkemungkinan akan menur

Optimis terhadap Brexit telah memberi manfaat kepada euro, namun terdapat perdebatan yang mengatakan Bank Pusat Eropah (ECB) berkemungkinan akan menurunkan outlook pertumbuhan mereka berikutan data-data yang lemah.

Keputusan kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB) akan diumumkan pada jam 7.45 petang manakala sidang media oleh Presiden Mario Darghi pula akan diterbitkan pada jam 8.30 malam.

Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengurangkan separuh skim pembelian bon mereka pada akhir bulan September, daripada €30 billion kepada €15 billion. Dan mereka turut merancang untuk menamatkannya pada akhir tahun ini.

Seperti yang dimaklumkan menerusi pertemuan yang lalu, Presiden Draghi dan ahli ECB yang lain dijangka tidak akan mengumumkan sebarang kenaikan kadar sehingga akhir tahun hadapan dan outlook ekonomi juga dilihat tidak akan berubah dengan data-data makro terkini yang bercampur.

Namun dengan berlatarkan penurunan inflasi serta kebimbangan terhadap isu perdagangan, gambaran yang lebih dovish mungkin akan dikeluarkan.

Oleh itu, sidang media Draghi kali ini akan lebih memberi impak ke atas pergerakan euro berbanding keputusan kadar faedah ECB.

Sebarang peningkatan atau penurunan terhadap unjuran inflasi dan pertumbuhan mungkin akan memberi petunjuk kepada langkah bank pusat yang berikutnya.

Jika Draghi mengatakan bahawa risiko untuk inflasi menyusut semakin tinggi, kenyataan tersebut akan lebih membantu untuk melihat bentuk penetapan dasar selepas ini.

Kesimpulannya, pergerakan EUR/USD akan dipandu oleh kenyataan Draghi. Namun, peningkatan awal ke paras 1.1660 berpotensi membuka ‘stop order‘ dan akan menyebabkan pasangan matawang ini naik ke zon 1.1700

Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: