Preview ECB Rate: Kesemua Pilihan Dijangka Memberi Impak Negatif Kepada EUR

Preview ECB Rate: Kesemua Pilihan Dijangka Memberi Impak Negatif Kepada EUR

Christine Lagarde berhadapan krisis pertama sebagai Presiden ECB apabila terpaksa mempertimbangkan bantuan ekonomi yang baru dalam keadaan 'deposit r

Christine Lagarde berhadapan krisis pertama sebagai Presiden ECB apabila terpaksa mempertimbangkan bantuan ekonomi yang baru dalam keadaan ‘deposit rate’ bank pusat berada pada paras -0.50%.

ECB juga telah menambah kecairan dengan memulakan kembali pembelian bon bernilai €20 billion setiap bulan.

Namun begitu, pertumbuhan ekonomi zon eropah pada tahun 2019 masih perlahan sementara kadar inflasi tetap jauh daripada sasaran 2% bank pusat, hanya berada sekitar 1.2%.

Kini krisis koronavirus telah menekan sektor pengangkutan dan ekonomi di Itali berikutan angka kematian akibat virus tersebut telah mencecah 600 orang dengan lebih 10,000 kes jangkitan disahkan.

Manakala lebih 1,000 kes jangkitan telah disahkan oleh Jerman, Perancis dan Sepanyol sehingga mendorong kerajaan untuk mengumumkan lebih banyak sekatan.

Alat-alat yang diperkenalkan bank pusat pulam semakin kehilangan fungsi berhadapan dengan krisis kesihatan ini dan pihak kerajaan dilihat mempunyai peranan yang lebih besar untuk mengurangkannya.

Oleh itu, Largarde menyeru supaya kerajaan-kerajaan Eropah lebih bersungguh-sungguh menangani isu covid-19 ini kerana jika Eropah gagal mengendalikannya, krisis 2008 mungkin berulang.

Berhadapan dengan peralihan dana ke dalam pasaran sehingga menyebabkan hasil bon jatuh ke zon negatif, ECB dan euro masih mempunyai beberapa pendekatan yang boleh diputuskan.

Namun kesemua pilihan ECB dijangka memberi impak negatif kepada euro seperti tiga senario yang digariskan oleh pengasas dan penganalisis Forex Crunch, Yohay Elam:

1) Tiada tindakan daripada ECB, EUR/USD merosot.
2) Pemotongan 10 mata asas kadar faedah, EUR/USD akan jatuh dengan lebih signifikan.
3) ECB Meningkatkan program QE, EUR/USD masih jatuh, namun berpotensi untuk pulih.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: