Preview Fed Rate: Dua Senario, Nada Yang Lebih Optimis Atau Lebih Berhati-hati

Preview Fed Rate: Dua Senario, Nada Yang Lebih Optimis Atau Lebih Berhati-hati

Dolar AS memulakan dagangan minggu ke dua bulan Jun lebih rendah berbanding matawang utama yang lain. Selepas mengemas kini tiga pengumuman dasar

Dolar AS memulakan dagangan minggu ke dua bulan Jun lebih rendah berbanding matawang utama yang lain.

Selepas mengemas kini tiga pengumuman dasar monetari, data NFP dan laporan pekerjaan Kanada pada minggu lalu, keputusan dasar kewangan Fed pada awal pagi Khamis (2 pagi) menjadi tumpuan utama minggu ini.

Berdasarkan data-data yang terbaru, ekonomi AS secara keseluruhannya masih di atas landasan pemulihan dan pasaran buruh sedang menunju kestabilan dengan jangkaan lebih banyak pekerjaan akan pulih pada akhir bulan Mei.

Namun pengumuman tergempar Biro Penyelidikan Ekonomi Negara yang mengatakan ekonomi AS telah jatuh ke dalam kemelesetan pada bulan Februari telah menjadi punca kejatuhan greenback pada hari Isnin.

Kemudian, rancangan Presiden Trump untuk menandatangani satu pekeliling bagi menekan China atas isu Uighurs turut menambah momentum bearish sehingga dolar AS kekal merah dua hari berturut-turut dengan indeks USD berada di paras 96.39 mata.

Fokus pelabur kini adalah untuk mendapatkan nada yang lebih optimis daripada pengerusi Fed Jerome Powell bagi menyekat kejatuhan dan mengembalikan permintaan greenback.

Secara keseluruhan, dasar monetari Fed masih longgar, namun dilihat tidak lagi memerlukan ransangan tambahan terutamanya mengumumkan kadar faedah negatif.

Oleh itu, reaksi Powell terhadap persoalan apakah kesan negatif wabak telah berakhir akan memberi impak yang besar kepada USD.

Jika Powell mengisyaratkan bahawa penguncupan lebih lemah daripada yang dijangkakan atau senario kini lebih tenang, USD dijangka menaik.

Namun begitu, jika beliau mengambil sikap yang lebih berhati-hati, menekankan risiko gelombang virus yang kedua, dolar dijangka meneruskan kejatuhan.

Unjuran ekonomi terkini bank pusat juga penting bagi mengesahkan kemelesetan yang berlaku pada suku tahun pertama.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: