Preview FOMC: Dasar Dijangka Kekal Sementara Menantikan Isyarat Yang Lebih Jelas

Preview FOMC: Dasar Dijangka Kekal Sementara Menantikan Isyarat Yang Lebih Jelas

Federal Reserve pada jam 3 pagi (Khamis) akan mengumumkan keputusan dasar kewangan mereka yang pertama bagi tahun 2020. Fed selepas menurunkan tig

Federal Reserve pada jam 3 pagi (Khamis) akan mengumumkan keputusan dasar kewangan mereka yang pertama bagi tahun 2020.

Fed selepas menurunkan tiga kali kadar faedah pada tahun 2019 di samping menetapkan pendirian tunggu dan lihat, tiada perubahan pada dasar dijangkakan pada pertemuan kali ini.

Pada bulan Disember yang lalu, Pengerusi Fed Jerome Powell juga dengan jelas mengisyaratkan bahawa tiada perubahan akan dilakukan ke atas kadar faedah dalam masa yang terdekat, sama ada menurunkan atau menaikkannya.

Sebagaimana pengumuman-pengumuman yang lalu, Presiden Trump juga tidak pernah melepaskan peluang untuk mengkritik keputusan bank pusat.

Antara topik utama yang akan diperhatikan pada mesyuarat hari ini adalah sejauh mana kesanggupan ahli FOMC untuk terus mengembangkan penyata imbangan mereka selepas membuat pembelian bon AS pada kadar $60 billion sebulan.

Dalam keadaan dasar kewangan akan terus diransang, Powell berkemungkinan akan menjelaskan butiran lanjut tentang tindakan bank pusat di masa hadapan.

Kathy Lien, Pengarah Urusan FX BK Asset Management pula menggariskan beberapa soalan induk yang menjadi perhatian utama pada sidang media Powell hari ini.

Pertama, apakah outlook ekonomi melemah. Kedua sejauh mana impak coronavirus ke atas unjuran mereka dan yang ketiga bilakah kecairan dana daripada pusat akan dihentikan.

Walaupun sebahagian data terkini menunjukkan kelemahan, namun Lien menjangkakan tiada perubahan pada outlook ekonomi sehingga Fed dapat mengemas kini unjuran ekonomi mereka pada mesyuarat bulan Mac dengan memasukkan impak coronavirus ke dalam penilaian.

Secara keseluruhannya, Powell kebiasannya cenderung ke arah hawkish dalam penyampaiannya, oleh itu pasaran akan memberi reaksi yang lebih signifikan jika beliau bertindak mengubah pendekatan yang lebih dovish.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: