Preview FOMC: ‘Dotplot’ Fed Akan Mengubah Nasib USD

Preview FOMC: ‘Dotplot’ Fed Akan Mengubah Nasib USD

Memasuki hari kedua mesyuarat FOMC, dollar telah jatuh untuk dua hari berturut-turut dengan indeks USD tutup di paras 96.90, jatuh daripada 97.43 mata

Memasuki hari kedua mesyuarat FOMC, dollar telah jatuh untuk dua hari berturut-turut dengan indeks USD tutup di paras 96.90, jatuh daripada 97.43 mata.

Antara faktor yang mendorong pelabur melepaskan USD adalah keraguan terhadap pendirian terkini ahli FOMC apabila Powell mengatakan kadar faedah menghampiri paras neutral.

Kadar faedah yang neutral bermaksud tidak akan berlakunya perkembangan mendadak ataupun penyusutan pada pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Jangkaan Fed untuk menaikkan kadar faedah pada malam ini bukanlah lagi satu kejutan dengan hasil tinjaun CME Group menunjukkan price in pelabur mencapai paras 69%.

Namun apa yang dibimbangkan oleh pasaran adalah outlook dan unjuran Fed bagi tahun 2019. Menerusi dotplot yang lalu, Fed dilihat akan meneruskan tiga kali rate hike pada tahun hadapan.

Dalam keadaan saham jatuh dan bagi menghadkan kerugian, hasil bon dan dollar turut melemah, tiada alasan untuk Fed berbincang mengenai peningkatan jumlah rate hike.

Namun, kebanyakkan pelabur menjangkakan Fed akan mengurangkan nada ‘hawkish’ dalam kenyataan mereka, oleh itu jika Fed jelas mengatakan rate hike masih diperlukan, peluang untuk dinaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali masih terbuka.

Kenyataan ini dilihat berpotensi mengukuhkan dollar walaupun Powell menyuarakan kebimbangan terhadap outlook ekonomi.

Akan tetapi, kurangnya keyakinan pelabur terhadap jangkaan tiga kali rate hike pada tahun 2019, ketidakseimbangan ini akan diterjemahkan ke dalam naik turun pertukaran matawang asing.

Jika Fed menurunkan jangkaan dotplot mereka kepada 2 kali rate hike, dollar akan menjunam, namun momentum kejatuhan akan ditentukan oleh nada bank pusat melalui kenyataan yang akan dikeluarkan

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: