Fed dijangka akan meneruskan kitaran pengetatan dasar kewangan mereka untuk kali kelima atau kali ketiga pada tahun ini. Pasaran menjangkakan kenaikka
Fed dijangka akan meneruskan kitaran pengetatan dasar kewangan mereka untuk kali kelima atau kali ketiga pada tahun ini. Pasaran menjangkakan kenaikkan kadar faedah di julat 1.25%-1.50%.
Bank pusat juga akan mengeluarkan unjuran mereka terhadap ekonomi yang termasuk inflasi, pekerjaan dan pertumbuhan. Ketika ini, Fed melihat tiga kali rate hikes untuk tahun 2018. Apakah mereka akan kekal teguh dengan pendirian tersebut?
Jom kita lihat preview pertemuan dan sidang media Fed dalam minggu penetapan dasar kewangan Fed terkahir tahun 2017 pada hari Khamis bermula jam 3.00 pagi:
Pasaran skeptikal dengan tiga kali rate hike pada tahun depan namun Fed mungkin akan terus memberi isyarat bahawa akan berlakunya peningkatan kadar secara beransur-ansur sebelum Powell mula mengambil alih jawatan pada Februari 2018.
Yellen tidak akan memaksa Powell untuk menyambung gerak kerja beliau dan akan menyerah sepenuhnya tugasan kepada Powell untuk menguruskan bank pusat.
Persoalan yang timbul, apakah landasan rate hike masih terbuka terutamanya dengan kadar inflasi yang perlahan dan lemah. Yellen sebelum ini menyatakan bahawa peningkatan harga yang perlahan adalah bersifat sementara. Namun sejak beberapa minggu yang lalu pendirian beliau berubah dengan menyifatkan situasi tersebut sebagai misteri dan mungkin bukan sementara.
Jadi apakah pandangan terbaru yang beliau akan kemukakan sebelum tamat tahun 2017?
Nada dalam sidang media Yellen selepas mesyuarat FOMC akan menjadi kunci kepada pandangan Fed terhadap dasar kewangan untuk tahun 2018. Jerome Powell dilihat akan mengundi bersama majoriti walaupun Neel Kashkari dijangka akan terus menentang seperti sebelum ini.
Fed mungkin akan sedaya upaya cuba untuk mengurangkan kebimbangan dan ketidaktentuan dalam pasaran, namun sentimen pelabur kini bergantung kepada perubahan unjuran, kenyataan dan juga nada yang bakal dikeluarkan oleh Yellen untuk tahun 2018.
COMMENTS