Preview FOMC Rate Pertama Tahun 2019, Adakah Fed Akan Membantu Dollar?

Preview FOMC Rate Pertama Tahun 2019, Adakah Fed Akan Membantu Dollar?

Fokus pasaran kini kembali beralih kepada dollar. Bacaan pertama bagi pertumbuhan GDP Q4 akan dikeluarkan sebelum pengumuman dasar kewangan pertama F

Fokus pasaran kini kembali beralih kepada dollar. Bacaan pertama bagi pertumbuhan GDP Q4 akan dikeluarkan sebelum pengumuman dasar kewangan pertama Fed bagi tahun 2019.

Greenback ditekan berikutan Fed dijangka akan mengenepikan pendekatan untuk menaikkan kadar faedah dalam masa yang terdekat kerana data-data yang lemah.

Walaupun laporan-laporan ekonomi tertangguh akibat penutupan kerajaan, namun data yang telah dikeluarkan mengisyaratkan pertumbuhan yang semakin perlahan.

Keyakinan pengguna CB yang dikeluarkan pada hari Selasa lalu jatuh ke paras terendah sejak September 2017 dan jika dibandingkan dengan data yang dikeluarkan pada mesyuarat dasar yang lepas, bacaan indeks telah jatuh daripada 135.7 kepada 120.2 mata.

Selain itu, inflasi harga di peringkat pengeluar dan pengguna, sektor perumahan dan juga aktiviti perkhidmatan dan pembuatan turut melemah berbanding data yang dikeluarkan pada mesyuarat 19 Disember yang lalu.

Sektor pekerjaan yang kukuh dilihat tidak berjaya menutup kesemua kelemahan di atas, oleh itu para pelabur akan meniliti apakah data-data ini akan mempengaruhi outlook Fed di masa hadapan.

Fed dijangka mengekalkan kadar faedah pada pertemuan kali ini, namun mesyuarat yang disertai bersama sidang media beberapa jam selepas keputusan diumumkan akan memberi kesan langsung kepada sentimen pasaran.

Oleh itu, walaupun polisi kekal tanpa perubahan, dollar tetap berpotensi untuk bergerak kerana para pelabur akan mendapatkan penilaian terkini bank pusat terhadap ekonomi.

Seperti kenyataan yang dikeluarkan Powell pada 10 Januari yang lalu, dollar melonjak tinggi apabila beliau mengatakan bahawa Fed ini mengembalikan penyata imbangan ke paras yang normal.

Namun, lonjakan tersebut tidak bertahan lama selepas Powell menegaskan bahawa bank pusat akan lebih bersabar dan fleksibel dalam memutuskan polisi yang akan datang.

Sehingga jam 8.40 malam, pasaran masih dalam keadaan berhati-hati dan dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang terus mendatar sekitar paras 95.75 mata

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: