Preview ‘Interest Rate’ ECB Kali Kedua 2018: Dovish Atau Hawkish?

Preview ‘Interest Rate’ ECB Kali Kedua 2018: Dovish Atau Hawkish?

Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengumumkan keputusan kadar faedah terkini pada jam 8.45 malam dan dijangka akan mengekalkan kadar faedah, margin pinjama

Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengumumkan keputusan kadar faedah terkini pada jam 8.45 malam dan dijangka akan mengekalkan kadar faedah, margin pinjaman dan kemudahan deposit di paras yang sama (0%, 0.25% dan -0.14%).

Kemudian diikuti sidang media ECB yang dijadualkan 45 minit selepas pengumuman kadar dilakukan pada jam 9.30 malam.

Para pelabur akan memberi perhatian penuh kepada ulasan Presiden ECB, Mario Draghi tentang perkembangan dasar kewangan berikutan beliau dijangka akan mengesahkan langkah yang akan diambil bagi mengurangkan pelonggaran dasar secara beransur-ansur pada masa hadapan di samping mengurangkan nada dovish dalam kenyataan rasmi.

Penganalisis daripada Rabobank berkata matawang tunggal ini tidak akan menerima kesan yang besar terhadap perubahan unjuran masa hadapan (foward guidance) yang akan dikeluarkan hari ini berikutan pasaran telah pun menjangkakan ECB akan mula kurangkan program pelonggaran kuantitatif mereka di antara akhir bulan September hingga Disember pada tahun 2018.

Walau bagaimanapun, Pengarah Urusan FX Strategi BK Asset Management, Kathy Lien tetap berpandangan bahawa pasaran akan memberi reaksi yang besar jika berlakunya perubahan foward guidance kali ini.

Hal ini didorong oleh situasi semasa pasaran yang lebih ke arah penjualan dollar AS di mana beliau turut melihat optimis ECB akan menolak EUR/USD ke paras 1.25.

Jika perkara sebaliknya berlaku di mana Draghi mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengeluarkan pandangan, EUR/USD dijangka akan berundur membuat pembetulan yang lebih jauh berikutan hampir keseluruhan spekulator cenderung ke arah ‘optimis’ bank pusat.

EUR/USD didagang sekitar 1.2412, tutup dengan peningkatan 0.06% pada hari Rabu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: