Preview Laporan Pekerjaan UK & Impak Kepada GBP/USD

Preview Laporan Pekerjaan UK & Impak Kepada GBP/USD

Pasaran buruh UK akan mengeluarkan lapooran tuntutan pengangguran bagi bulan November dengan jangkaan bacaan meningkat kepada 3.2K untuk suku tahun ke

Pasaran buruh UK akan mengeluarkan lapooran tuntutan pengangguran bagi bulan November dengan jangkaan bacaan meningkat kepada 3.2K untuk suku tahun ketiga, lebih tinggi berbanding bacaan pada bulan Oktober yang melihat tuntutan berada di sekitar 1.1%

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara (ONS) ini memberi gambaran angka semasa mereka yang tidak mempunyai pekerjaan di UK. Oleh itu, ia cenderung untuk mempengaruhi votaliti GBP. Angka yang tinggi memberi implikasi yang negatif kepada perbelanjaan pengguna yang mana akan melemahkan pertumbuhan ekonomi.

Bagi kadar pengangguran pula dijangka menyusut ke paras terendah 4.2% manakala purata pendapatan mingguan termasuk bonus untuk tiga bulan sehingga Oktober dijangka berada di paras 2.5%.

Sebahagian penganalisis meramalkan reaksi pergerakan matawang GBP/USD selepas data dikeluarkan. Ada yang melihat pasangan matawang ini akan kekal dalam julat 20-60 pips, dan sebahagian yang lain meramalkan peningkatan sehingga 85 pips.

Sebarang kejutan positif daripada bacaan seperti angka tuntutan pengangguran yang rendah dan juga purata pendapatan meningkatan tinggi, GBP/USD mungkin dapat memecahkan resistance di paras 1.3350. Jika hasil laporan adalah sebaliknya (negatif), GBP/USD dilihat akan membuat pembetulan harga dan mencuba paras 1.3000.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: