Preview Minit FOMC: Bukan Masa Yang Sesuai Untuk Membeli USD?

Preview Minit FOMC: Bukan Masa Yang Sesuai Untuk Membeli USD?

Dollar AS mengekalkan penurunan selama dua hari berturut-turut pada minggu ini. Tanpa kehadiran gelombang pembelian dollar pada sesi lalu, indeks U

Dollar AS mengekalkan penurunan selama dua hari berturut-turut pada minggu ini.

Tanpa kehadiran gelombang pembelian dollar pada sesi lalu, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.69% kepada 95.11

Momentum penjualan dollar semakin kuat selepas Presiden Trump mengadu tentang kadar faedah yang dinaikkan oleh Federal Reserve di hadapan penyumbang dana utama daripada Hamptons.

Kemudian, beliau meneruskan kritikan terhadap pengetatan dasar Fed walaupun kenyataan tersebut tidak sepatutnya memberi kesan kepada dasar kewangan yang telah ditetapkan.

Namun, jika bank pusat menaikkan kadar pada bulan September tetapi gagal untuk menambah satu lagi kenaikan pada tahun ini, pasaran tidak akan ragu lagi bahawa tekanan dan campur tangan daripada Trump memainkan peranan dalam keputusan tersebut.

Selain daripada kenyataan Trump di atas, faktor utama penurunan dollar sejak dua hari lepas adalah kejatuhan hasil bon serta kenyataan Presiden Fed Bostic bahawa beliau lebih memilihh untuk melaksanakan 3 kali rate hike sahaja pada tahun ini.

Oleh itu, minit mesyuarat Fed yang akan diterbitkan pada jam 2 pagi esok dijangka tidak akan memberi kejutan yang besar kepada pasaran.

Hal ini kerana laporan tersebut hanya akan memberi gambaran tentang keadaan ekonomi yang semakin baik serta mengukuhkan lagi jangkaan rate hike pada bulan hadapan yang kini telah berada sekitar 94 peratus.

Kesemua perkara di atas telah menyebabkan kebanyakkan pelabur telah menutup posisi ‘short’ mereka terhadap matawang euro, pound dan beberapa matawang utama yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: