Preview Minit Mesyuarat FOMC: 3 Maklumat Akan Diteliti

Preview Minit Mesyuarat FOMC: 3 Maklumat Akan Diteliti

Laporan minit mesyuarat FOMC akan dikeluarkan pada jam 2 pagi (Khamis). Dokumen tersebut melibatkan perincian kenyataan dan keputusan dasar kewangan y

Laporan minit mesyuarat FOMC akan dikeluarkan pada jam 2 pagi (Khamis). Dokumen tersebut melibatkan perincian kenyataan dan keputusan dasar kewangan yang diumumkan bank pusat pada 2 Mei yang lalu dimana kadar faedah dikekalkan pada paras 1.50%-1.75%.

Berikut merupakan tiga maklumat utama yang akan diteliti menerusi minit mesyuarat yang akan dikeluarkan.

1) Sasaran Inflasi Symmetric

Perubahan besar yang dilakukan oleh Pengerusi Fed dan ahli FOMC yang lain adalah pengenalan perkataan ‘symmetric’ dalam menerangkan sasaran inflasi.

Perkataan ini masih menjadi perdebatan antara penganalisis dan maksud yang lebih jelas dijangka boleh  didapati menerusi laporan esok.

Sekiranya mesej yang ingin disampaikan Fed adalah keseimbangan untuk kekalkan tekanan harga di paras 2% setahun, ianya bukanlah sesuatu yang baru dan USD berpotensi untuk naik.

Namun jika perkataan ‘symmetric’ membawa maksud toleransi terhadap kadar inflasi sehingga menghalang rate hike yang lebih agresif, greenback dijangka akan melemah.

2) Outlook ekonomi kekal tanpa perkembangan atau semakin teruk?

Fed sebelum ini menyatakan bahawa outlook ekonomi semakin baik. Kenyataan ini menjadi persoalan dan perbincangan yang lebih terperinci mungkin dapat diteliti menerusi minit yang akan dikeluarkan.

Jika kenyataan itu bermaksud ekonomi akan kembali pulih pada suku tahun kedua, ianya adalah selari dengan jangkaan.

Namun sekiranya ahli FOMC mengutarakan kebimbangan mereka tentang pertumbuhan ekonomi, hal ini memberi tekanan kepada dollar.

3) Rate Hike Bulan Jun

Sebarang petunjuk mengenai rate hike bulan hadapan turut menjadi perhatian. Sehingga hari ini, berdasarkan pergerakan pasaran bon, peratus jangkaan rate hike pada bulan Jun berada sekitar 90%.

Keadaan ini disedari oleh pegawai-pegawai Fed. Oleh itu, jika mereka kekal dengan skrip ‘perlunya kepada peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur’, kenyataan ini cukup untuk mengesahkan pendirian semasa mereka sekali gus menyokong pengukuhan dollar.

Namun begitu, jika mereka mula menyatakan kebimbangan dan ketidakpastian, hal ini akan memberi kesan negatif kepada dollar.

Kesimpulannya, tiada berita baru adalah perkara yang positif untuk dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: