Sesi Asia Pasaran buruh di Australia akan dikeluarkan pada hari Khamis jam 8.30 pagi. Angka pekerjaan di Australia bagi bulan Oktober dijangka
Sesi Asia
Pasaran buruh di Australia akan dikeluarkan pada hari Khamis jam 8.30 pagi. Angka pekerjaan di Australia bagi bulan Oktober dijangka lebih rendah berbanding bulan September lalu sebanyak 17.5K.
Kadar pengangguran Australia pula dijangka kekal pada paras 5.5%. Sentimen matawang Aussie masih lemah dengan kadar pendapatan suku tahun ketiga yang rendah dan harga komoditi seperti minyak dan emas yang tidak menentu.
Sesi Eropah
Hari ini merupakan giliran Eropah mengeluarkan bacaan indeks harga pengguna (CPI). Bacaan ini menjadi perhatian selepas ECB terus mengekalkan kadar faedah dan mengecilkan pembelian aset kewangan atau bon mereka kepada €30 billion.
Inflasi semakin menghampiri sasaran 2% ECB, dan mungkin akan dicapai dalam tempoh masa sederhana.
Bagi matawang pound sterling pula, selepas kadar pertumbuhan pendapatan yang perlahan, ahli ekonomi menjangkakan peningkatan dalam bacaan jualan runcit UK bagi bulan Oktober selepas jatuh di bulan September yang lalu.
Bacaan ini dijangka dapat membantu menyokong sentimen pound untuk mengukuh pada hari Khamis
Sesi New York
Fokus pelabur hari ini beralih kepada sektor pembuatan dan pasaran buruh US selepas laporan ekonomi yang bercampur pada hari Rabu yang lalu.
Indeks Pembuatan Fed Philly bagi bulan November dijangka menyusut ke paras 25.0 mata berbanding 27.9 mata pada bulan Oktober.
Dalam laporan pasaran buruh pula, ahli ekonomi menjangkakan insurans yang dituntut oleh penganggur bagi minggu yang berakhir 11 November jatuh 4,000 kepada 235,000.
Selain itu, pelabur juga akan meneliti ucapan ahli jawatankuasa dasar monetari (MPC) BOE, Broadbent dan Cunliffe termasuk Gabenor BOR Mark Carney yang dijadualkan berucap pada jam 10 malam selepas bank pusat menaikkan kadar faedah mereka awal bulan ini.
COMMENTS