RBA Rate Statement Di awal sesi dagangan Asia, Bank Rizab Australia (RBA) akan mengumumkan keputusan dasar monetari mereka dengan jangkaan kada
RBA Rate Statement
Di awal sesi dagangan Asia, Bank Rizab Australia (RBA) akan mengumumkan keputusan dasar monetari mereka dengan jangkaan kadar faedah 1.5% akan dikekalkan. Kemudian akan disusuli dengan kenyataan Dasar Monetari RBA pada hari Jumaat.
Antara yang menyokong jangkaan ini adalah data-data ekonomi terkini yang lemah, termasuk dengan angka jualan runcit yang mengecewakan serta bacaan inflasi lebih rendah daripada jangkaan.
Sejak beberapa minggu yang lalu, RBA terus memberi penelitian terhadap kelemahan inflasi, pendapatan yang rendah dan kekuatan nilai dolar Australia yang mana telah menghalang bank pusat untuk menaikkan kadar faedah mereka.
Dengan jangkaan pendirian dovish oleh RBA serta hawkish daripada Fed, AUD/USD akan terus ditekan selepas memecahkan key support di paras 0.7750 pada akhir Oktober yang lalu.
Key Support terkini berada di paras: 0.7500 & Key Resistance: 0.7770
Data Pekerjaan US
Selepas data NFP yang kurang memberansangkan, para pelabur akan meneliti bacaan laporan bulanan kekosongan pekerjaan bagi mendapatkan petunjuk kepada keadaan pasaran buruh di US.
Laporan Job Opening and Labor Turnover Survey (JOLTs) oleh jabatan buruh US bagi bulan September yang akan dikeluarkan pada hari ini dijangka akan meningkat kepada 6.1 juta pekerjaan.
Dolar menyusut pada hari Isnin yang lalu selepas sentimen menguasai permintaan matawang safe haven seperti yen dan Swiss Franc.
COMMENTS