Preview News Penting 16/10/2017

Preview News Penting 16/10/2017

Data Inflasi CPI & PPI China (9.30 a.m) Penganalisis pasaran menjangkakan Indeks Harga Pengeluar (PPI) China naik 6.3% pada bulan September

Data Inflasi CPI & PPI China (9.30 a.m)

Penganalisis pasaran menjangkakan Indeks Harga Pengeluar (PPI) China naik 6.3% pada bulan September didorong oleh usaha China mengurangkan lebihan kapasiti dalam sektor galian minyak dan juga pencemaran. Antara faktor lain yang menyokong analisis ini adalah peningkatan pada bacaan Indeks PMI China bagi bulan September yang lalu .

Bagi bacaan Indeks Harga Pengguna (CPI) China pula dijangka sedikit menyusut berbanding bacaan bulan Ogos disebabkan oleh harga asas makanan yang tinggi pada bulan September.

Data Indeks Pembuatan New York (8.30 p.m)

Bacaan indeks pembuatan yang dibuat berdasarkan kajian 200 syarikat daripada New York bagi bulan Oktober dijangka meningkat ke paras 20.3. Indeks ini sedikit menyusut pada bulan September sebanyak 0.8 mata kepada 24.4 berbanding bacaan 25.2 pada bulan Ogos yang mana merupakan bacaan tertinggi sejak September 2014.

Pertumbuhan dalam sektor pembuatan yang stabil sejak awal tahun didorong oleh permintaan dan aktiviti yang kukuh menjadi faktor yang menyokong jangkaan tersebut.

Bacaan Indeks di atas 0.0 menunjukkan pertumbuhan, manakala di bawah pula menunjukkan kelembapan.

Newer Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: