Preview News Penting 17/10/2017

Preview News Penting 17/10/2017

PASARAN EROPAH Indeks Harga Pengguna UK (CPI): Faktor yang mendorong kenaikan kepada 3.0% adalah peningkatan inflasi harga makanan dan minyak s

PASARAN EROPAH

  • Indeks Harga Pengguna UK (CPI): Faktor yang mendorong kenaikan kepada 3.0% adalah peningkatan inflasi harga makanan dan minyak sepanjang bulan.

Kadar inflasi Bank Pusat England (BoE) kekal di atas sasaran 2%, menyebabkan ramai dikalangan pelabur yakin BoE akan mula mengurangkan pelonggaran dasar monetari mereka dengan menaikkan kadar faedah untuk pertama kali sejak 10 tahun lalu seawal bulan November depan.

Selain itu, Mark Carney (Gabenor BoE) turut mengulangi kenyataan beliau bahawa kadar faedah sesuai untuk dinaikkan pada bulan-bulan akan datang.

  • Indeks ZEW Jerman: Bacaan indeks ZEW dijangka meningkat 20.1 pada bulan September. Antara faktor yang menyokong adalah pengukuhan harga saham yang memberi impak positif kepada sentimen pelabur. Jika bacaan semakin tinggi, pertumbuhan ekonomi Jerman dijangka meningkat pada bulan seterusnya.
  • Indeks Akhir Harga Pengeluar EU (CPI): Bacaan akhir inflasi Zon Eropah kekal di paras 1.5% beberapa minggu lalu. Walaupun masih di bawah sasaran 2% bank pusat, namun paras ini dijangka akan tercapai dalam tempoh serdehana.

Menjelang mesyuarat dasar ECB minggu hadapan, para pelabur akan terus meneliti data inflasi Zon Eropah bagi mendapatkan kepastian terhadap tindakan yang bakal diambil oleh bank pusat dalam keputusan polisi mereka.

PASARAN AMERIKA

  • Harga Import: Harga barangan import tidak termasuk kenderaan stabil sejak beberapa bulan lalu. Pertumbuhan ini positif untuk inflasi teras CPI. Harga minyak yang kukuh sepanjang September menyebabkan peningkatan pada harga import minyak dan produk petroleum. Namun antara yang akan menganggu unjuran inflasi adalah impak ribut taufan yang menimpa nadi industri petroleum di Amerika.
  • Pengeluaran Industri: Impak Harvey telah menyebabkan pengeluaran industri jatuh -0.9% pada bulan Ogos dan data bulan September turut dijangka akan menunjukkan bacaan yang rendah kerana masih dalam proses pemulihan.
  • Indeks Perumahan NAHB: Bacaan indeks bulan Oktober dijangka tidak berubah selepas jatuh 3 mata pada bulan September lalu disebabkan oleh tenaga buruh yang berkurangan dan kos baik pulih bangunan yang meningkat akibat ribut taufan beberapa minggu yang lalu. Dua faktor ini akan terus menekan sentimen pembuatan rumah dalam tempoh terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: