Preview News Penting 18/10/2017

Preview News Penting 18/10/2017

Data Pekerjaan UK Pound semalam ditekan berikutan para pelabur menjangkakan pertumbuhan pendapatan kekal perlahan pada bulan Ogos walaupun pega

Data Pekerjaan UK

Pound semalam ditekan berikutan para pelabur menjangkakan pertumbuhan pendapatan kekal perlahan pada bulan Ogos walaupun pegangguran semakin kecil.

Jabatan Statistik UK dijangka akan mengeluarkan bacaan purata pendapatan yang sama sebanyak 2.1% pada unjuran tahun ke tahun bagi bulan Ogos. Kadar pengangguran juga dijangka kekal di paras terendah sejak 40 tahun lalu sebanyak 4.3%.

Fokus Pound ketika ini adalah jangkaan rate hike dalam mesyuarat dasar bulan November depan selepas Mark Carney memberi petanda-petanda bank pusat mungkin akan melakukannya dalam masa yang terdekat.

Namun nada dovish yang dikeluarkan oleh Timbalan Gabenor BOE, Dave Ramsden yang tidak selari dengan kebanyakkan pembuat dasar lain telah melemahkan jangkaan tersebut, sekaligus melemahkan pound sterling berbanding matawang lain pada pertengahan sesi Eropah semalam.

Fokus USD: Ucapan Pegawai Fed, Data Perumahan dan Beige Book

USD antara fokus utama para pelabur pada hari Rabu bagi mencari hala tuju greenback yang lebih jelas.

Ulasan pegawai Fed seperti Robert Kaplan dan William Dudley menjadi tumpuan bagi mencari petunjuk baru terhadap pandangan bank pusat berkenaan pengetatan dasar monetari akhir tahun ini.

Aktiviti pembinaan rumah di US dijangka stabil untuk dua bulan berturut-turut selepas kadar pembinaan kediaman tunggal dan kediaman untuk dua keluarga (multi-family homes) jatuh mendadak pada bulan Ogos.

Fed juga akan melaporkan Ulasan Ringkas Keadaan Ekonomi Semasa yang dikenali sebagai Biege Book Report. Laporan ini mengemaskini kemajuan ekonomi dalam 12 daerah Federal Reserve. Para pelabur akan meneliti ulasan ini bagi mencari sokongan terhadap jangkaan rate hike akhir tahun ini

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: