Preview News Penting, AUD & CAD Jadi Tumpuan: 06/03/2018

Preview News Penting, AUD & CAD Jadi Tumpuan: 06/03/2018

Hari Penetapan Kadar Faedah Australia Rizab Bank Australia (RBA) dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% sekali lagi. Ekonomi Australia

Hari Penetapan Kadar Faedah Australia

Rizab Bank Australia (RBA) dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% sekali lagi.

Ekonomi Australia berkembang dengan baik, namun bank pusat bimbang dengan kadar pertumbuhan hutang isi rumah dan pendapatan yang meningkat dengan perlahan.

Barisan pembuat dasar RBA yang diketuai oleh Phillip Lowe sebelum ini dilihat akan terus mengekalkan kadar faedah sepanjang tahun ini, namun jika terdapat sebarang petanda yang menunjukkan perbezaan akan memberi impak langsung kepada matawang Aussie.

AUD/USD kini didagang sekitar 0.7762, naik 0.08% pada sesi yang lepas.

PMI Ivey Kanada

Para pelabur akan meneliti bacaan PMI Ivey yang akan dikeluarkan di Kanada pada hari ini bagi mencari petunjuk yang positif terhadap perkembangan semasa ekonomi.

PMI Ivey merupakan tinjauan yang dilakukan kepada sektor-sektor utama yang menjadi indikator penting kepada ekonomi.

PMI dilihat berkembang lebih cepat pada bulan Februari dengan jangkaan bacaan meningkat kepada 56.3, lebih tinggi berbanding 55.2 pada bulan sebelumnya.

Loonie (CAD) menghadapi kesukaran bagi mendapatkan momentum bullish berbanding dollar berikutan kebimbangan pasaran terhadap keputusan rundingan NAFTA.

USD/CAD kini berada sekitar harga 1.2974, naik hampir 100 pips pada sesi yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: