Preview News Penting AUD, EUR, GBP & USD: 03/04/2019

Preview News Penting AUD, EUR, GBP & USD: 03/04/2019

Australia akan menerbitkan angka jualan runcit bagi bulan Februari pada jam 8.30 pagi yang menjadi indikator penting bagi mengukur perbelanjaan pengg

Australia akan menerbitkan angka jualan runcit bagi bulan Februari pada jam 8.30 pagi yang menjadi indikator penting bagi mengukur perbelanjaan pengguna.

Selepas mencatat peningkatan 0.1%, momentum yang sama dijangka kekal sehingga bulan Februari dengan kadar jualan meningkat 0.3%

Di Eropah, bacaan akhir PMI Perkhidmatan bagi bulan Mac akan mula dikeluarkan di Itali (3.45 petang), Perancis (3.50 petang), Jerman (3.55 petang), Zon Eropah (4 petang) dan Sepanyol (4.15 petang).

Tiada perubahan berbanding bacaan awal dijangkakan dan angka di atas akan mengesahkan pengucupan yang berlaku pada sektor perkhidmatan Perancis.

PMI Perkhidmatan UK berjaya mengelak daripada pengucupan yang dijangka berlaku pada bulan Februari lalu dengan bacaan naik 51.3 mata, lebih tinggi daripada jangkaan pengucupan di paras 49.9 mata.

Data PMI yang akan diterbitkan pada jam 4.30 petang dijangka berjaya mempertahankan bacaan di atas 50 mata, berada sekitar paras 51 mata bagi bulan Mac.

Di AS, ADP akan mengeluarkan data NFP bagi bulan Mac mereka pada jam 8.15 malam dengan jangkaan penambahan 184,000 pekerja swasta ke dalam ekonomi, angka yang hampir sama dengan bulan Februari yang lalu.

Kemudian pada jam 10 malam, para pelabur akan mendapatkan angka PMI Perkhidmatan (non-manufacturing) hasil tinjauan ISM bagi bulan Mac yang mana dijangka jatuh daripada 59.7 mata kepada 58.1 mata, namun masih mencerminkan lonjakan pada pertumbuhan.

Sebelum itu, pada jam 9.45, angka rasmi PMI Perkhidmatan menunjukkan aktiviti perkhidmatan terus berkembang stabil di paras 54.8 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: