Preview News Penting Bagi USD, EUR & GBP: 5/2/2018

Preview News Penting Bagi USD, EUR & GBP: 5/2/2018

PMI Perkhidmatan Eropah & Ucapan Draghi Bermula jam 4.15 petang, data PMI Perkhidmatan akan mula dikeluarkan di Sepanyol, Itali, Perancis, Jerm

PMI Perkhidmatan Eropah & Ucapan Draghi

Bermula jam 4.15 petang, data PMI Perkhidmatan akan mula dikeluarkan di Sepanyol, Itali, Perancis, Jerman dan bacaan di Zon Eropah akan dikeluarkan pada jam 5.00 petang.

Perkembangan sektor perkhidmatan di kesemua kawasan ekonomi penting di Eropah berkembang maju pada bulan Disember.

Pada bulan Januari, perkhidmatan di Sepanyol dijangka berkembang lebih pesat naik kepada 55.2 mata, manakala negara Eropah yang lain mengekalkan paras bacaan yang sama.

Presiden ECB, Mario Draghi pula akan membentangkan laporan tahunan ECB pada jam 12 tengah malam di hadapan parlimen Eropah.

Antara yang menjadi tumpuan adalah ulasan beliau terhadap perkembangan inflasi yang masih lemah, kadar pertukaran matawang dan bacaan pertumbuhan yang meningkat tinggi.

EUR/USD tutup di paras 1.2456, naik 0.33% pada minggu lalu.

PMI Perkhidmatan UK

Perkhidmatan merupakan sektor terpenting di UK dan Markit dijangka mengeluarkan laporan PMI Perkhidmatan UK pada jam 5.30 petang.

Rekod menunjukkan pertumbuhan yang sihat dalam sektor perkhidmatan ini sepanjang tahun lalu dengan bacaan di atas 50 mata.

Pasaran menjangkakan bacaan yang hampir sama akan dikeluarkan pada bulan Januari 2018, sekitar 54.1 mata.

GBP/USD tutup di paras 1.4113, susut -0.33%

Sektor Perkhidmatan US

Kebiasaan laporan sektor perkhidmatan US mendahului bacaan NFP, namun tidak untuk bulan Januari dimana laporan dikeluarkan seminggu selepas bacaan NFP.

Bermula jam 11.00 malam, Amerika akan mengeluarkan laporan berkenaan PMI Perkhidmatan AS dengan jangkaan sektor ini akan terus menunjukkan perkembangan yang baik pada awal tahun 2018.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kini berada di paras 89.04, naik 0.17%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: