Preview News Penting Bagi USD, Pound & Euro: 3/2/2018

Preview News Penting Bagi USD, Pound & Euro: 3/2/2018

PMI Pembinaan UK Hari ini merupakan laporan kedua Purchasing Manager Index (PMI) akan dikeluarkan di UK. Pergerakan indeks PMI Pembinaan bagi bulan

PMI Pembinaan UK

Hari ini merupakan laporan kedua Purchasing Manager Index (PMI) akan dikeluarkan di UK. Pergerakan indeks PMI Pembinaan bagi bulan Disember dilihat lebih perlahan pada bulan Disember, susut ke paras 52.5, lebih rendah berbanding bacaan 53.1 di bulan November.

Data Pekerjaan Jerman

Jerman akan mengeluarkan data pekerjaan bagi Bulan Disember dalam situasi pembentukan kerajaan masih menjadi persoalan.

Ahli ekonomi menjangkakan kejatuhan bilangan penganggur sebanyak 14,000 orang di bulan Disembre, dengan kadar pengangguran kekal di paras 5.6%

Rundingan membentuk kerajaan masih berjalan antara Canselor Angela Merkel dengan parti Sosial Demokrat (SDP). Perbincangan dijadualkan berlangsung pada 7 Januari nanti.

Makro Data US

Dua laporan penting berkenaan dasar kewangan dan sektor pembuatan US akan dikeluarkan pada malam ini  dan dijangka akan memberi penetapan baru terhadap pergerakan dolar selepas ia jatuh ke paras terendah tiga bulan yang lalu pada hari Selasa.

Federal Reserve akan mengeluarkan minit mesyuarat dasar kewangan bulan Disember pada jam 3.00 pagi di mana bank pusat telah mengundi untuk menaikkan kadar faedah kali ketiga pada tahun 2017 dan meletakkan sasaran untuk beberapa rate hike pada tahun ini.

Minint mesyuarat kali ini dijangka tidak akan memberi butiran lanjut berkenaan pengetatan polisi berikutan pengerusi Fed, Janet Yellen bakal digantikan dengan gabenor Fed, Jerome Powell pada bulan Februari.

Walau bagaimanapun, pandangan Fed terhadap kadar pertumbuhan ekonomi dan inflasi akan diteliti.

Dalam laporan sektor pembuatan pula, ahli ekonomi meramalkan indeks PMI ISM US bergerak sedikit perlahan pada bulan Disember, berkembang di paras 58.1, rendah 0.1 berbanding bacaan 58.2 di bulan November.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback tutup di paras 91.56, susut 0.47%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: