Preview News Penting Buat AUD, CAD, GBP & USD: 19/10/2018

Preview News Penting Buat AUD, CAD, GBP & USD: 19/10/2018

Data daripada China pada jam 10 pagi menjadi fokus pertama pelabur pada hari Jumaat. Pemilik kedua ekonomi terbesar dunia akan menerbitkan angka pe

Data daripada China pada jam 10 pagi menjadi fokus pertama pelabur pada hari Jumaat.

Pemilik kedua ekonomi terbesar dunia akan menerbitkan angka pertumbuhan ekonomi melalui KDNK bagi suku tahun ketiga (Q3).

Walaupun ketepatan data China ini dipertikaikan berikutan dikeluarkan lebih awal berbanding negara lain, bacaan yang diterbitkan tetap memberi impak kepada pergerakan pasaran.

Pada Q3, KDNK China dijangka bergeral lebih perlahan, turun daripada 1.8% kepada 1.6% (QoQ) dan daripada 6.7% kepada 6.6% (YoY).

Kemudian pada jam 8.30 malam, fokus beralih kepada perkembangan inflasi di Kanada.

Kanada akan menerbitkan dua data inflasi pengguna pada masa yang sama.

Bacaan indeks CPI Teras pada bulan September dijangka kekal pada paras 0.1% (MoM) dan bergerak lebih cepat dalam unjura tahun ke tahun daripada 1.7% kepada 1.8% (YoY).

Manakala kadar perbelanjaan pengguna melalui data jualan runcit Teras pada bulan Ogos pula dijangka jatuh daripada 0.9% kepada 0.2%

Di AS, perkembangan sektor perumahan terus menjadi perhatian.

Angka jualan rumah subsale (second hand) pada bulan September yang mewakili jualan sebahagian besar sektor ini dijangka jatuh daripada 5.34 juta unit kepada 5.31 juta unit.

Pasaran bimbang sekiranya penurunan berterusan kadar jualan rumah subsale sejak bulan April yang lalu akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi AS.

Gabenor Bank Pusat England Mark Carney juga dijadualkan berucap di New York pada jam 11.30 malam.

Pasaran berpeluang mendapatkan reaksi Carney terhadap perkembangan terkini perjanjian Brexit melalui kaca mata bank pusat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: