Preview News Penting Buat AUD, EUR & CAD: 18/09/2018

Preview News Penting Buat AUD, EUR & CAD: 18/09/2018

Seawal jam 9.30 pagi, fokus pasaran tertumpu kepada data HPI Australia bagi suku tahun kedua. Angka rasmi menunjukkan indeks harga rumah menurun -0.7%

Seawal jam 9.30 pagi, fokus pasaran tertumpu kepada data HPI Australia bagi suku tahun kedua. Angka rasmi menunjukkan indeks harga rumah menurun -0.7% pada suku tahun pertama 2018.

Volatiliti pergerakan harga adalah tinggi dalam unjuran suku tahun ke suku tahun (QoQ). Harga yang berterusan turun akan membimbangkan pasaran. Bacaan indeks pada suku tahun kedua dijangka menyusut sebanyak -7.0%.

Pasaran juga akan meneliti minit mesyuarat Rizab Bank Australia (RBA) yang akan diterbitkan pada waktu yang sama.

RBA telah mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat bulan September yang lalu dan kekal dengan pendirian yang neutral tidak seperti RBNZ yang bertukar dovish.

Minit pada hari ini akan memberi butiran lanjut tentang pandangan ahli RBA terhadap keputusan yang dibuat.

Kemudian tumpuan pasaran beralih kepada ucapan Presiden ECB di Paris. Draghi dijadualkan berucap di dalam acara anjuran ACPR pada jam 4.15 petang.

Teks ucapan Draghi akan diteliti bagi melihat pandangan beliau terhadap pelan untuk menamatkan pembelian bon pada akhir tahun ini serta keperluan kadar faedah dikekalkan sehingga musim panas tahun hadapan.

Pada jam 8.30 malam pula, fokus pelabur beralih kepada data jualan sektor pembuatan Kanada bagi bulan Julai. Jualan di peringkat pembuatan telah berkembang sebanyak 1.1% pada bulan Jun yang lalu.

Walaupun angka yang diterbitkan volatile, namun pasaran akan melihat kepada trend dan ianya berpotensi menggerakkan loonie. Jualan dijangka kekal positif pada bulan Julai dengan peningkatan sebanyak 0.6%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: