Preview News Penting Buat AUD, EUR & GBP: 02/09/2019

Preview News Penting Buat AUD, EUR & GBP: 02/09/2019

Badan bebas yang meninjau perkembangan PMI sektor pembuatan pemilik kedua ekonomi terbesar di dunia, Caixin China telah menunjukkan pengucupan yang k

Badan bebas yang meninjau perkembangan PMI sektor pembuatan pemilik kedua ekonomi terbesar di dunia, Caixin China telah menunjukkan pengucupan yang kecil sejak beberapa bulan yang lalu.

Indeks gagal melepasi 50 mata yang menjadi pembatas antara perkembangan dengan pengucupan, dan dala keadaan perang perdagangan terus menghimpit ekonomi, pengucupan dijangka berlanjutan pada bulan Ogos dengan bacaan indeks PMI berada sekitar paras 49.8 mata.

Para pelabur juga akan mendapatkan bacaan indeks PMI sektor pembuatan bagi negara-negara Eropah hasil tinjauan Markit.

Laporan akan mula dikeluarkan di Sepanyol (3.15 petang), Itali (3.45 petang), Perancis (3.50 petang), Jerman (3.55 petang) dan Zon Eropah (4 petang).

Sektor pembuatan Sepanyol telah berada di dalam mode pengucupan sejak dua laporan yang lalu dan trend dijangka berterusan memasuki bulan Ogos dengan indeks berada di paras 48.6 mata.

Itali pula telah berada dalam pengucupan sejak September 2018 dan pada bulan Ogos, PMI dijangka kekal di paras 48.5 mata.

Di Perancis pula perkembangan sektor pembuatan mendatar dengan bacaan PMI sekitar 51 mata, sementara Jerman mengekalkan prestasi terburuk dengan indeks PMI dijangka kekal di paras 43.6 mata.

Pada jam 4.30 petang, fokus pasaran beralih kepada kelemahan sektor pembuatan UK yang mana telah menunjukkan pengucupan pada bacaan PMI tiga bulan berturut-turut.

Selepas jatuh ke paras 48 mata pada bulan Julai, tiada perubahan besar dijangkaan dengan indeks meningkat ke paras 48.4 mata pada bulan Ogos.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: