Preview News Penting Buat AUD, EUR & GBP: 06/11/2018

Preview News Penting Buat AUD, EUR & GBP: 06/11/2018

Bermula pada jam 8.01 pagi, para pelabur akan meneliti data jualan runcit BRC (British Retail Consortium) bagi bulan Oktober. Selepas jatuh -0.2% p

Bermula pada jam 8.01 pagi, para pelabur akan meneliti data jualan runcit BRC (British Retail Consortium) bagi bulan Oktober.

Selepas jatuh -0.2% pada bulan September, angka rasmi jualan pada bulan Oktober dijangka pulih dan meningkat ke paras 0.6%

Kemudian pada jam 11.30 pagi, fokus pasaran beralih kepada keputusan kadar faedah Rizab Bank Australia (RBA).

RBA telah mengekalkan kadar faedah yang sama sejak pertengahan tahun 2016 yang lalu.

Walaupun RBA tetap dengan pendirian yang neutral, mereka masih menyuarakan kebimbangan terhadap pertumbuhan global, pasaran perumahan dan isu-isu yang lain.

Berdasarkan data inflasi terkini, adalah sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian semua pelabur sekiranya RBA mengubah pendekatan mereka.

Di sesi dagangan Eropah, para pelabur akan mengikuti perkembangan pesanan kilang di Jerman.

Pesanan meningkat 2% pada bulan Ogos yang lalu, namun pesanan sentiasa mempunyai volatiliti pergerakkan yang tinggi.

Angka bulan September yang akan dikeluarkan pada jam 3 petang dijangka susut sekitar -0.4%.

Kemudian, data PMI perkhidmatan negara-negara Eropah bagi bulan Oktober akan dikemas kini.

Bermula di Sepanyol (4.15 ptg), Itali (4.45 ptg), Perancis (4.50 ptg), Jerman (4.55 ptg) dan EU (5.00 ptg).

Perkembangan sektor perkhidmatan dijangka kekal dengan bacaan yang sama kecuali di Sepanyol dan Itali.

Aktiviti sektor perkhidmatan di kedua-dua negara tersebut dijangka bergerak lebih perlahan dengan bacaan indeks di Sepanyol dijangka susut kepada 51.9 mata, sementara di Itali turun ke paras 52.1 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: