Preview News Penting Buat AUD, EUR & GBP: 18/10/2018

Preview News Penting Buat AUD, EUR & GBP: 18/10/2018

Laporan pekerjaan Australia pada jam 8.30 pagi mendahului berita utama pada hari Khamis. Ekonomi Australia stabil dengan penambahan 44 ribu pekerja

Laporan pekerjaan Australia pada jam 8.30 pagi mendahului berita utama pada hari Khamis.

Ekonomi Australia stabil dengan penambahan 44 ribu pekerjaan pada bulan Ogos dan peningkatan kecil yang selari dengan purata tahunan sekitar 15.2 ribu pekerjaan akan diumumkan pada bulan September.

Kadar pengangguran pula diramalkan kekal pada paras 5.3%. Secara keseluruhan pasaran buruh Australia dilihat masih kukuh walaupun ditekan oleh sektor perumahan dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi di China.

Kemudian pada jam 4.30 petang, fokus beralih kepada data jualan runcit di UK.

Angka perbelanjaan pengguna telah melepasi ramalan untuk dua bulan berturut-turut (Julai dan Ogos). Cuaca yang baik dilihat banyak membantu pengguna untuk keluar dan berbelanja.

Namun pada September, kadar jualan dijangka susut sekitar paras -0.3%

Pada hari ini juga, para pelabur akan mengikuti perkembangan persidangan dua hari ketua-ketua EU yang telah bermula sejak hari Rabu yang lepas.

Brexit menjadi isu utama pada persidangan kali ini dan 18 Oktober merupakan terakhir bagi mendapatkan persetujuan terhadap syarat-syarat perjanjian Brexit yang telah dikemukakan.

Sempadan Irish merupakan satu-satunya isu utama yang menjadi penghalang.

Oleh itu, meletakkan sempadan kastam di perairan Irish dan meletakkan Ireland Utara di bawah undang-undang perdagangan EU merupakan jalan terakhir.

Namun idea ini ditolak oleh parti DUP Ireland dan mengancam untuk keluar daripada perjanjian ‘confidence and supply’ bersama kerajaan UK jika pelan tersebut diteruskan.

Perkembangan positif isu Brexit dapat mengangkat nilai pound dan euro, namun berdasarkan pendekatan EU dan UK, senario dilihat lebih ke arah menetapkan tarikh akhir yang baru pada bulan November.

Votaliti pasaran yang tinggi dijangka terus berlaku sebelum keputusan sama ada memperkenalkan referendum yang baru atau Brexit berakhir tanpa sebarang perjanjian diumumkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: