Preview News Penting Buat AUD, EUR, GBP & CAD: 05/09/2018

Preview News Penting Buat AUD, EUR, GBP & CAD: 05/09/2018

Ekonomi Australia telah memaparkan pertumbuhan yang kukuh pada suku tahun pertama (Q1) 2018. Pertumbuhan 1% merupakan kadar paling baik sejak suku tah

Ekonomi Australia telah memaparkan pertumbuhan yang kukuh pada suku tahun pertama (Q1) 2018. Pertumbuhan 1% merupakan kadar paling baik sejak suku tahun keempat 2016.

Momentum tersebut dijangka kekal pada suku tahun kedua (Q2) dengan bacaan GDP yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 pagi diramalkan naik sekitar 0.8%. Tarif AS ke atas China mula dikuatkuasakan pada suku tahun ketiga, namun persediaan sebelum ianya dilaksanakan mungkin telah meningkatkan aktiviti ekonomi pada Q1 dan Q2.

Kemudian fokus pelabur beralih kepada data akhir PMI Perkhidmatan negara-negara Eropah bagi bulan Ogos. Laporan daripada Sepanyol akan mendahului pada jam 3.15 petang kemudian Itali (3.45 petang), Perancis (3.50 petang), Jerman (3.55 petang) dan Zon Eropah (4 petang).

Aktiviti perkhidmatan dijangka bergerak dengan stabil kecuali di Sepanyol dan Itali berikutan bacaan indeks diramalkan lebih rendah berbanding data bagi bulan Julai yang lalu.

Pada jam 4.30 petang, para pelabur akan mengemas kini bacaan indeks PMI Perkhidmatan bagi negara UK. Aktiviti sektor perkhidmatan UK menurun pada bulan Julai berikutan kebimbangan terhadap Brexit yang telah menekan sentimen.

Tambahan pula, bacaan indeks pada hari ini berkemungkinan menerima nasib yang sama seperti data PMI Pembuatan UK hari Isnin yang lalu di mana angka yang diterbitkan lebih rendah daripada ramalan. Sekiranya hal ini berlaku, jangkaan terhadap pertumbuhan pada suku ketiga akan menurun ke paras yang lebih rendah.

Pengumuman rate hike Bank Pusat Kanada (BoC) pada mesyuarat bulan Julai yang lalu telah dijangkakan oleh pasaran. Namun apa yang mengejutkan adalah kecenderungan ahli BoC yang kekal dengan pendirian hawkish walaupun telah diberi amaran tentang ketidaktentuan yang akan berlaku kesan daripada tarif AS.

Pada pertemuan kali ini, Gabenor Poloz dan ahli BoC yang lain dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% dan pasaran menantikan ulasan lanjut berkenaan perdagangan dan angka terkini GDP dalam kenyataan yang akan dikeluarkan bersama keputusan tersebut pada jam 10 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: