Preview News Penting Buat AUD, EUR, GBP & USD: 08/01/2019

Preview News Penting Buat AUD, EUR, GBP & USD: 08/01/2019

Data Imbangan Perdagangan di Australia pada jam 8.30 pagi mendahului laporan makro utama pada hari Selasa dengan terus memaparkan lebihan yang tinggi.

Data Imbangan Perdagangan di Australia pada jam 8.30 pagi mendahului laporan makro utama pada hari Selasa dengan terus memaparkan lebihan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, angka lebihan telah mula menyusut pada Oktober yang lalu kepada A$2.32 billion dan momentum tersebut dilihat berterusan sehingga masuk bulan November dengan lebihan dijangka susut ke paras A$2.23 billion.

Kemudian pada jam 3 petang, Jerman akan mengeluarkan data output industri mereka bagi bulan November.

Berbeza dengan pesanan kilang, pengeluaran industri telah jatuh melebihi jangkaan sebanyak -0.5% pada bulan Oktober lalu dan bacaan dijangka pulih pada bulan November, naik sekitar 0.3%.

Inflasi harga rumah di UK merudum selepas melaporkan penurunan sebanyak dua kali dalam tempoh 3 bulan yang lepas. Bacaan HPI dijangka naik daripada -1.4% kepada 0.5% pada bulan Disember.

Di AS, para pelabur juga akan mengikuti perkembangan sektor perdagangan melalui angka imbangan perdagangan yang akan diterbitkan pada jam 9.30 malam.

Angka defisit dijangka mengecil berbanding bacaan yang dikeluarkan pada bulan Oktober kepada -$54 billion dollar.

Jabatan Statistik Kanada juga akan mengeluarkan angka imbangan perdagangan mereka pada waktu yang sama.

Sepanjang tahun 2018, perdagangan Kanada hanya mencatat lebihan pada bulan Ogos berikutan perang perdagangan telah menekan hasil eksport mereka.

Pada bulan November, defisit dijangka mengembang ke paras $1.95 billion CAD.

Kemudian pada jam 11 malam, fokus pasaran beralih kepada data pembukaan pekerjaan JOLTS yang dijangka meningkat pada bulan November sebanyak 7.170 juta pekerjaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: