Preview News Penting Buat AUD, EUR, GBP & USD: 17/01/2019

Preview News Penting Buat AUD, EUR, GBP & USD: 17/01/2019

Sektor perumahan UK semakin merosot tiga bulan berturut-turut apabila hasil tinjauan RICS (The Royal Institution of Chartered Surveyors). melaporkan

Sektor perumahan UK semakin merosot tiga bulan berturut-turut apabila hasil tinjauan RICS (The Royal Institution of Chartered Surveyors). melaporkan negatif pada imbangan harga rumah apabila penurunan harga lebih tinggi daripada peningkatan.

Data bulan Disember yang akan diterbitkan pada jam 8.01 pagi dijangka menyusut ke paras -13%.

Para pelabur juga akan mengikuti perkembangan sektor perumahan di Australia pada jam 8.30 pagi.

Kadar pinjaman perumahan dijangka jatuh sebanyak -1.5% pada bulan November selepas mencatat peningkatan 2.2% pada bulan sebelumnya.

Kemudian pada jam 6 petang, fokus pelabur beralih kepada data inflasi pengguna di Zon Eropah.

Berdasarkan bacaan CPI Jerman yang dikeluarkan semalam, tiada berubahan dijangka berlaku pada data CPI bagi seluruh zon eropah pada hari ini.

Angka CPI pada bulan Disember dalam unjuran bulan ke bulan (MoM) dijangka kekal pada paras -0.2%, manakala dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) kekal dengan peningkatan 1.6%.

CPI Teras yang mengecualikan harga tenaga dan makanan dijangka berada di paras 1% (YoY).

Bagi sektor perumahan di AS, para pelabur akan mengikuti perkembangan tiga data utama pada hari ini iaitu permit binaan, pembinaan yang baru dijalankan (Housing Start) dan juga jualan rumah baru bagi bulan Disember.

Kadar permit yang diluluskan pada bulan Disember dijangka susut -2.1% menjadikan jumlah permit berada sekitar paras 1.29 juta.

Bagi bangunan yang baru dibina dijangka merosot -0.2% pada bulan Disember dengan jumlah binaan sekitar 1.254 juta unit.

Data jualan rumah baru pula dijangka meningkat daripada 544,000 unit kepada 569,000 unit.

Pada jam 11.30 malam juga akan dikeluarkan bacaan indeks pembuatan Fed Philadelphia menerusi tinjauan 250 syarikat pembuatan.

Data menunjukkan aktiviti pembuatan semakin perlahan selepas indeks jatuh menjadi satu angka pada bulan Disember yang lalu di paras 9.4 mata dan dijangka kekal sekitar paras tersebut pada bulan Januari 2019.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: