Preview News Penting Buat AUD, EUR, GPB & USD: 18/04/2019

Preview News Penting Buat AUD, EUR, GPB & USD: 18/04/2019

Hari Khamis merupakan hari yang sibuk dengan data-data ekonomi yang utama, bermula dengan laporan pekerjaan Australia pada jam 9.30 pagi. Australi

Hari Khamis merupakan hari yang sibuk dengan data-data ekonomi yang utama, bermula dengan laporan pekerjaan Australia pada jam 9.30 pagi.

Australia mencatat peningkatan kecil pada jumlah pekerjaan bulan Februari yang lalu, naik sekitar 4,600 posisi.

Namun begitu, pasaran buruh dilihat berkembang dengan baik apabila kadar pengangguran susut daripada 5% kepada 4.9%

15,200 pekerjaan dijangka akan ditambah pada bulan Mac dengan kadar pengangguran kembali meningkat ke paras 5%.

Di Eropah, Perancis (3.15 petang), Jerman (3.30 petang) dan EU (4 petang) akan menerbitkan bacaan awal PMI Pembuatan dan PMI Perkhidmatan bagi bulan April.

Indeks ini telah berada di zon merah apabila kesemua sektor kecuali sektor perkhidmatan Jerman dan EU telah mengucup dengan bacaan di bawah 50 mata.

Pada bulan April, kesemua sektor dijangka memaparkan bacaan indeks PMI yang lebih baik berbanding bulan Mac.

Pada jam 4.30 petang, UK akan mengeluarkan lapoaran bagi jualan runcit mereka pada bulan Mac yang lalu.

Para pengguna UK telah mengejutkan pasaran pada bulan Februari dengan pembelian meningkat 0.4% sementara pembelian barangan teras (tidak memasukkan barangan tenaga dan makanan) naik sekitar 0.2%.

Kadar ini walau bagaimanapun dijangka menyusut pada bulan Mac dengan penurunan -0.3% bagi jualan runcit dan juga jualan Teras.

Data Jualan Runcit bervolatiliti namun trendnya yang sedang menurun mungkin disebabkan oleh isu Brexit.

Di AS, selepas jatuh mendadak pada bulan Disember dan melonjak pada bulan Januari, kadar jualan runcit AS telah kembali kepada pergerakan yang normal pada bulan Februari, susut -0.4% bagi jualan teras dan -0.2% bagi jualan biasa.

Pengguna dijangka lebih rancak membeli pada bulan Mac dengan kadar jualan dijangka meningkat 0.9% sementara jualan teras naik 0.7%

Pada jam 9.45 malam, para pelabur akan mengemas kini bacaan awal PMI bulan April bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan AS yang mana dijangka terus berkembang dengan stabil.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: