Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 18/12/2018

Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 18/12/2018

Di sesi dagangan Asia hari Selasa, para pelabur akan meneliti minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) yang akan diterbitkan pada jam 8.30 pagi.

Di sesi dagangan Asia hari Selasa, para pelabur akan meneliti minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) yang akan diterbitkan pada jam 8.30 pagi.

Pada pertemuan bulan Disember yang lalu, RBA mengatakan kadar faeadah yang rendah diperlukan untuk menyokong ekonomi Australia.

Maklumat dan huraian yang lebih lanjut akan diteliti melalui minit mesyuarat yang akan dikeluarkan dan ahli RBA dijangka mengekalkan nada dovish mereka pada pertemuan yang lalu.

Kemudian pada jam 5 petang, IFO sebagai badan pengkaji nombor satu di Jerman akan menerbitkan bacaan indeks iklim perniagaan bagi bulan Disember.

Angka dilihat telah menurun sejak bulan Oktober yang lalu, didorong oleh kelembapan aktiviti di peringkat domestik mahupun global.

Iklim perniagaan pada bulan Disember dijangka mencatat penyusutan selama tiga bulan berturut-turut, mencatat bacaan sekitar 101.8 mata.

Pada jam 9.30 malam, para pelabur akan mengikuti perkembangan terkini sektor perumahan AS bagi bulan November.

Permit bangunan pada bulan Oktober lalu berada pada paras 1.26 juta unit dengan kadar turun 0.4%, dan pada bulan November, jumlah permit bangunan yang diluluskan dijangka kekal tanpa perubahan.

Housing start (rumah yang baru dibina) juga dijangka memaparkan angka yang hampir sama berbanding data bulan Oktober sebanyak 1.225 juta unit.

Kebiasaanya jika salah satu laporan yang dikeluarkan adalah lebih baik akan menutup kelemahan data yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: