Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 21/02/2019

Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 21/02/2019

Para pelabur akan mendapatkan laporan pekerjaan Australia bagi bulan Januari pada jam 8.30 pagi. Australia telah melaporkan perkembangan sektor pe

Para pelabur akan mendapatkan laporan pekerjaan Australia bagi bulan Januari pada jam 8.30 pagi.

Australia telah melaporkan perkembangan sektor pekerjaan yang baik sepanjang tiga bulan sebelumnya termasuk penambahan 21,600 pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan Disember.

Kadar pegangguran yang jatuh ke paras 5% turut menjadi pendorong kepada kemajuan yang positif dan para pelabur akan mendapatkan angka bagi bulan Januari dengan jangkaan 15,200 posisi pekerjaan di tambah.

Pada jam 3 dan 3.45 petang, bacaan akhir bagi CPI Jerman dan Perancis akan dikeluarkan dengan kedua-dua negara akan mengesahkan berlakunya pengucupan harga di bulan Januari yang lalu.

Kemudian, para pelabur akan mengemas kini data awal PMI bulan Februari bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan di Perancis (4.15 petang), Jerman (4.30 petang) dan Zon Eropah (5 petang).

Angka ini menjadi begitu penting berikutan ianya dapat dinilai sebagai isyarat awal kepada pelabur terutamanya apabila kebimbangan terhadap kemelesatan yang berlaku di Eropah semakin meningkat.

Sektor perkhidmatan Perancis dijangka terus dalam pengucupan dengan bacaan kekal di bawah 50 mata, sementara aktiviti pembuatan dan perkhidmatan di Jerman dan Zon Eropah terus berkembang.

Data pesanan barangan tahan lama pula menjadi fokus pelabur ketika dibukanya pasaran AS.

Angka ini tertangguh akibat penutupan kerajaan yang lalu dan angka pesanan telah meningkat 0.7% pada bulan November dan dijangka mengekalkan momentum yang sama di bulan Disember.

Pesanan teras yang lebih memberi impak dijangka meningkat 0.2%, keluar daripada penurunan 0.3% pada bulan sebelumnya.

Pada jam 11 malam, data jualan rumah sedia ada akan diterbitkan. Sektor perumahan AS telah menunjukkan isyarat akan berlakunya kelembapan.

Angka jualan dalam unjuran bulan ke bulan susut -6.4% pada bulan Disember, namun dijangka pulih 0.8% pada bulan Januari dengan jumlah rumah (Existing Home) yang terjual mencapai 5.01 juta unit.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: