Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 03/07/2018

Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 03/07/2018

1) Keputusan Kadar Faedah RBA (Julai) Rizab Bank Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras yang sama untuk tempoh hampir 2 tahun.

1) Keputusan Kadar Faedah RBA (Julai)

Rizab Bank Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras yang sama untuk tempoh hampir 2 tahun.

Pasaran menjangkakan keputusan yang sama akan diumumkan pada jam 12.30 tengahhari iaitu kadar faedah kekal di paras 1.50%

Phillip Lowe dan ahli bank pusat yang lain telah mengekalkan nada yang sama dalama kenyataan dasar yang lalu.

Namun kali ini, RBA dijangka mengikuti jejak dovish Rizab Bank New Zealand (RBNZ) dan sebarang amaran dalam isu perdagangan dilihat akan memberi tekanan kepada dollar Aussie.

2) PMI Pembinaan UK

Pada jam 4.30 petang, fokus pelabur beralih kepada bacaan indeks PMI Pembinaan UK bagi bulan Jun.

Sektor pembinaan telah menjadi satu sektor terlemah dalam ekonomi UK namun telah pulih daripada kejatuhan sejak bulan April lalu.

Kini bacaan indeks dijangka kekal dengan bacaan 52.5 mata, merekodkan perkembangan yang stabil selama 3 bulan berturut-turut.

3) Jualan Runcit EU

Jumlah jualan runcit hanya berjaya mengekalkan peningkatan kecil (0.1%) sejak tiga bulan yang lepas.

Angka yang sama dijangka akan diterbitkan bagi jualan runcit bulan Mei. Laporan hari ini dijangka tidak memberi kesan besar kepada pasaran berikutan Jerman telah mengeluarkan data yang sama pada minggu lepas.

4) Pesanan Kilang AS

Sempena sambutan hari Kemerdekaan, pasaran AS pada hari Selasa hanya akan ditutup lebih awal sebelum bercuti sepenuhnya pada hari Rabu.

Laporan pesanan kilang menjadi tumpuan akhir dan jumlah pembelian baru oleh pengilang dijangka kembali positif, naik 0.1% pada bulan Mei.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: