Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 04/09/2018

Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 04/09/2018

Keputusan Kadar Faedah Australia mendahului laporan utama pada hari Selasa. Rizab Bank Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras yang sa

Keputusan Kadar Faedah Australia mendahului laporan utama pada hari Selasa. Rizab Bank Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras yang sama sejak dua tahun yang lalu.

Perkara yang sama dijangka akan diumumkan pada jam 12.30 tengahhari nanti. Gabenor RBA, Philip Lowe dan ahli jawatankuasa yang lain dilihat akan mengekalkan kadar faedah di paras 1.50%.

Ekonomi Australia berada dalam keaadan yang baik walaupun sektor perdagangan memberi impak kecil kepada pertumbuhan. Namun berbeza dengan sektor perumahan yang kini dalam keadaan membimbangkan dan RBA dijangka akan memberi penekanan terhadap sektor ini dalam kenyataan yang akan dikeluarkan bersama-sama keputusan dasar.

Kemudian pada jam 4.30 petang, fokus pelabur beralih kepada data PMI Pembinaan UK bagi bulan Ogos. Bacaan indeks dijangka turun daripada 55.8 kepada 54.9

Pada hari Isnin yang lalu, kelemahan indeks PMI Pembuatan yang menunjukkan aktiviti bergerak pada kadar yang lebih perlahan berbanding jangkaan telah menyebabkan kejatuhan mendadak matawang pound.

Dalam keadaan sentimen masih ditekan oleh ketidaktentuan Brexit, perkara yang sama akan berlaku sekiranya aktiviti sektor pembinaan UK juga merosot melebihi ramalan.

Pada jam 8.15 malam, Gabenor BoE Mark Carney dan ahli MPC yang lain akan memberi keterengan mengenai outlook ekonomi dan inflasi di hadapan Jawatankuasa Perbendaharaan.

Di Amerika Syarikat, para pelabur akan mengemas kini laporan PMI Pembuatan ISM yang mana telah jatuh pada bulan Julai akibat kebimbangan isu-isu berkaitan perdagangan.

Bacaan indeks dijangka terus jatuh pada bulan Ogos daripada 58.1 kepada 57.6. Walaupun angka ini lebih rendah, namun bacaan di atas 50.0 menunjukkan pertumbuhan masih berlaku.

Harga (Prices) adalah komponen paling penting dalam PMI ISM yang akan diteliti oleh Fed bagi mendapatkan petunjuk tentang tekanan semasa inflasi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: