Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 19/07/2018

Preview News Penting Buat AUD, GBP & USD: 19/07/2018

1) Data Pekerjaan Australia Laporan Pekerjaan Australia pada jam 9.30 pagi menjadi data pertama yang akan dikemas kini oleh para pelabur berikutan

1) Data Pekerjaan Australia

Laporan Pekerjaan Australia pada jam 9.30 pagi menjadi data pertama yang akan dikemas kini oleh para pelabur berikutan peningkatan yang kecil direkodkan pada bulan Mei lalu.

Jumlah pekerjaan bagi bulan Jun dijangka meningkat kepada 16,700 sementara kadar pegangguran pula kekal di paras 5.4%. Sebarang perubahan pada bacaan akan memberi impak kepada hal-hal domestik dan matawang Aussie.

2) Jualan Runcit UK

Kemudian pada jam 4.30 petang, pelabur UK akan memberi tumpuan kepada data jualan runcit UK. Jangkaan kenaikan 0.1% pada bulan Jun dilihat lebih rendah berbanding bacaan 1.3% yang direkodkan pada bulan Mei lalu.

Angka jualan runcit yang diterbitkan pada hari ini kebiasaannya memberi kesan kepada pergerakan jangka masa pendek GBP/USD.

3) Tuntuan Insurans Pengangguran dan Indeks Pembuatan Fed Philadephia

Tuntuan insurans dijangka naik 220,000 pada minggu lalu. Pengukuhan sektor pekerjaan walau bagaimanapun dilihat tidak selari dengan pertumbuhan pendapatan, sekali gus belum berjaya memulihkan kebimbangan pelabur mengenai isu-isu berkaitan inflasi.

Berdasarkan keterangan Pengerusi Fed Jerome Powell, “Dengan pasaran buruh yang kukuh dan inflasi semakin hampir dengan objektif kami, risiko terhadap unjuran semakin seimbang. FOMC yakin bahawa tindakan yang paling wajar adalah untuk terus mengekalkan peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur”.

Data terakhir yang akan diteliti adalah aktiviti pembuatan Philadelphia Fed bagi bulan Julai. Ahli ekonomi meramalkan peningkatan bacaan indeks daripada 19.9 kepada 21.6 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: