Preview News Penting Buat AUD & JPY: 31/10/2018

Preview News Penting Buat AUD & JPY: 31/10/2018

Pada sesi dagangan Asia hari Rabu, tumpuan akan diberikan kepada laporan inflasi pengguna di Australia yang akan diterbitkan pada jam 8.30 pagi. Da

Pada sesi dagangan Asia hari Rabu, tumpuan akan diberikan kepada laporan inflasi pengguna di Australia yang akan diterbitkan pada jam 8.30 pagi.

Data CPI yang dikeluarkan secara berkala pada setiap suku tahun akan memberi impak yang lebih besar berbanding angka-angka yang lain.

Indeks CPI Australia meningkat 0.4% pada suku tahun kedua (Q2) sementara Trimmed Mean CPI yang juga dikenali sebagai CPI Teras di negara lain naik 0.5%.

Kadar tekanan harga dalam unjuran suku tahun ke suku tahun (QoQ) dijangka terus meningkat pada suku tahun ketiga dengan bacaan CPI naik 0.5% sementara CPI Teras pula meningkat lebih rendah di paras 0.4%

Di Jepun, pelabur akan mendapatkan keputusan terkini dasar kewangan BoJ.

BoJ merupakan satu-satunya bank pusat yang paling dovish di dalam negara-negara maju. Mereka dijangka terus mengekalkan kadar faedah negatif di paras -0.1%.

Selain itu mereka juga akan meneruskan janji mereka membiarkan hasil bon di para yang rendah.

Perdana Menteri Shinzo Abe berkata dasar kewangan yang longgar tidak akan bertahan selama-lamanya, namun BoJ dilihat akan tetap dengan pendirian dovish mereka kerana inflasi masih rendah.

Para pelabur akan mendapat lebih banyak maklumat di dalam sidang media bersama Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda selepas keputusan diumumkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: