Preview News Penting Buat AUD & USD: 19/11/2019

Preview News Penting Buat AUD & USD: 19/11/2019

RBA pada jam 8.30 malam hari Selasa akan mengeluarkan minit mesyuarat bagi bulan November yang mana bank pusat telah mengekalkan kadar faedah di para

RBA pada jam 8.30 malam hari Selasa akan mengeluarkan minit mesyuarat bagi bulan November yang mana bank pusat telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.75%.

Secara keseluruhannya, dalam keadaan ekonomi yang masih lemah, para pelabur akan meneliti laporan yang akan dikeluarkan bagi mencari isyarat bagi pemotongan kadar faedah di masa hadapan.

Kemudian, fokus pelabur beralih kepada perkembangan sektor perumahan di Amerika Syarikat yang mana telah memulih apabila permit pembinaan meningkat kepada 1.39 juta unit pada bulan September yang lalu sementara jumlah rumah yang baru dibina (Housing Starts) mencapai 1.26 juta unit.

Bacaan yang hampir sama dijangka akan dikeluarkan pada bulan Oktober dengan jumlah permit pembinaan berada sekitar 1.385 juta unit manakala housing start meningkat kepada 1.32 juta unit.

Jika kedua-dua angka meningkat melebihi apa yang telah dijangkakan, dollar berpotensi bergerak selari dengan kejutan tersebut.

Begitu juga sebaliknya dimana dollar berpotensi jatuh jika kedua-dua bacaan lebih lemah daripada ramalan.

Namun begitu, data-data yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 di atas masih boleh bergerak berlainan arah, sekali gus menutup kelemahan sebahagian yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: