Preview News Penting Buat EUR: 27/08/2018

Preview News Penting Buat EUR: 27/08/2018

Penutupan pasaran UK pada hari pertama di dalam minggu terakhir bulan Ogos sempena sambutan hari musim panas yang dikenali sebagai 'Summer Bank Holida

Penutupan pasaran UK pada hari pertama di dalam minggu terakhir bulan Ogos sempena sambutan hari musim panas yang dikenali sebagai ‘Summer Bank Holiday’ akan mengakibatkan kecairan dan volume yang rendah di dalam pasaran.

Fokus pelabur pada hari ini tertumpu kepada data-data fundamental yang akan dikeluarkan oleh Jerman dan Perancis pada sesi dagangan Eropah.

Hasil tinjauan daripada 7,000 syarikat perniagaan oleh Ifo menunjukkan keyakinan peniaga Jerman pada bulan Julai yang lalu meningkat dengan stabil ke paras 101.7 mata.

Momentum tersebut dilihat kekal pada bulan Ogos dengan bacaan indeks yang akan diterbitkan pada jam 4 petang dijangka naik ke paras 101.9 mata.

Kemudian, pada jam 6 petang, para pelabur akan beralih kepada perkembangan sektor pekerjaan di Perancis. Perancis merupakan penyumbang GDP kedua terbesar kepada ekonomi Eropah selepas Jerman.

Oleh itu, perubahan pada jumlah pekerjaan memberi kesan yang besar kepada perkembangan ekonomi. Bilangan mereka berdaftar dengan agensi buruh negara pada bulan Ogos dan masih mencari pekerjaan tetap atau menganggur dijangka kekal sekitar paras 3.442 juta orang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: