Preview News Penting Buat EUR: 29/11/2019

Preview News Penting Buat EUR: 29/11/2019

Pasaran pada hari Jumaat akan mengemas kini kedudukan aktiviti pengguna di Jerman melalui data Jualan Runcit bulan Oktober yang akan dikeluarkan pada

Pasaran pada hari Jumaat akan mengemas kini kedudukan aktiviti pengguna di Jerman melalui data Jualan Runcit bulan Oktober yang akan dikeluarkan pada jam 3 petang.

Kemudian pada jam 4.55 petang, Jabatan Statistik Jerman akan menerbitkan bacaan terbaru bagi sektor pekerjaan di Jerman yang mana dijangka melaporkan penambahan 5,000 pekerjaan pada bulan November dengan kadar pengangguran kekal di paras 5.0%.

Sebelum para pelabur mendapatkan angka pekerjaan di atas, Perancis akan mengeluarkan bacaan kedua bagi GDP suku tahun ketiga pada jam 3.45 petang dan akan mengekalkan jangkaan peningkatan daripada 0.2% kepada 0.3% pada Q3.

Perancis satu-satunya negara di Eropah yang masih berjaya mengekalkan perkembangan pada kedua-dua sektor utama pembuatan dan perkhidmatan dan hal ini telah mendorong ekonomi Perancis untuk terus tumbuh dengan stabil pada tahun 2019.

Zon Eropah pula akan menerbitkan bacaan awal bagi indeks CPI pada jam 6 petang. Harga pengguna telah meningkat sebanyak 0.7% (YoY) pada bulan Oktober lalu dan dijangka merekodkan peningkatan 0.9% pada bulan November.

Sementara CPI Teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga telah meningkat ke paras 1.1% pada bulan Oktober yang lalu dan pasaran akan menerima bacaan terbaru menerusi data awal yang akan dikeluarkan pada hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: