Preview News Penting Buat EUR & AUD: 04/06/2019

Preview News Penting Buat EUR & AUD: 04/06/2019

RBA dijangka mengumumkan rate cut ke rekod paras terendah 1.25% pada jam 9.30 pagi kemudian diikuti sesi pelonggaran seterusnya pada Julai dan Ogos.

RBA dijangka mengumumkan rate cut ke rekod paras terendah 1.25% pada jam 9.30 pagi kemudian diikuti sesi pelonggaran seterusnya pada Julai dan Ogos.

Price-in pasaran terhadap jangkaan tersebut telah mencapai 93% dan persoalan ketika ini adalah sejauh mana kesungguhan bank pusat untuk terus mengumumkan rate cut dimasa hadapan menerusi kenyataan mereka serta ulasan Gabenor RBA pada jam 5.30 petang.

Ketegangan hubungan perdagangan AS-China meruncing, namun begitu data domestik Australia secara keseluruhannya masih stabil.

Perbelanjaan pengguna, inflasi, keyakinan perniagaan dan aktiviti perumahan melemah sejak pertemuan yang lalu.

Akan tetapi pengukuhan pertumbuhan perniagaan, keyakinan pengguna dan aktiviti pembuatan berjaya mengalihkan perhatian pelabur daripada kelemahan tersebut.

Perkembangan di China turut memberi kesan langsung kepada matawang komoditi.

Walaupun data China memulih, namun reaksi terhadap kelemahan data lebih cepat berbanding angka-angka yang positif.

Secara keseluruhannya, kekuatan domestik tidak akan dapat menjadi pelindung kepada Australia daripada kelemahan pertumbuhan global dan kelemahan permintaan daripada China.

Hal ini kerana RBA tidak boleh mengeluarkan sebarang ulasan yang positif terhadap outlook dasar mereka walaupun ekonomi dalam keadaan yang baik pada bulan Mei lalu.

Kemudian di Eropah, para pelabur akan mengemas kini bacaan awal inflasi pengguna (CPI) bagi bulan Mei.

Tekanan inflasi dijangka menurun pada bulan Mei, daripada 1.7% kepada 1.3% (YoY) sementara CPI Teras yang mengecualikan harga tenaga dan makanan juga dijangka susut daripada 1.3% kepada 1.0% (YoY).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: