Preview News Penting Buat EUR & AUD: 24/01/2019

Preview News Penting Buat EUR & AUD: 24/01/2019

Pada jam 8.30 pagi hari Khamis para pelabur akan mengikuti perkembangan sektor pekerjaan di Australia bagi bulan Disember. Australia telah melapor

Pada jam 8.30 pagi hari Khamis para pelabur akan mengikuti perkembangan sektor pekerjaan di Australia bagi bulan Disember.

Australia telah melaporkan penambahan posisi pekerjaan yang lebih baik pada bulan November lalu, meningkat sebanyak 37,000 orang.

Sementara kadar pengangguran pula naik 5.1% namun peningkatan ini disebabkan oleh naikkan kadar mereka yang mencari pekerjaan.

Pada bulan Disember, sebanyak 16,500 pekerjaan dijangka akan ditambah ke dalam ekonomi manakala kadar pengangguran pula dijangka kekal pada paras 5.1%

Bermula jam 4.15 petang, para pelabur akan mengemas kini bacaan awal indeks PMI Pembuatan dan juga PMI Perkhidmatan bagi negara Perancis, Jerman (4.30 petang) dan Zon Eropah (5 petang).

Di Perancis, kedua-dua sektor di atas dijangka terus mengucup pada bulan Januari dengan bacaan indeks kekal di bawah 50 mata.

Aktiviti pembuatan di Jerman pula dijangka sedikit menurun ke paras 51.3 mata, manakala sektor perkhidmatan dijangka meningkat daripada 51.8 mata kepada 52.1 mata.

Bagi Zon Eropah, kedua-dua sektor dijangka stabil dengan aktiviti sektor perkhidmatan menunjukkan sedikit perubahan yang positif.

Kemudian pada jam 8.45 malam, fokus pelabur beralih kepada keputusan polisi kewangan Bank Pusat Eropah (ECB) dan diikuti sidang media pada jam 9.30 malam.

ECB telah menamatkan program pelonggaran kuantitatif (QE) atau pembelian bon mereka pada akhir tahun 2018.

Mereka dijangka menaikkan kadar faedah pada bulan September, namun hal ini mungkin akan tertangguh akibat daripada kelembapan ekonomi.

Itali berkemungkinan memasuki krisis kemelesetan sementara Jerman masih berjaya menghindari perkara tersebut.

Perancis pula ditekan oleh pelbagai bantahan dan blok eropah yang lain tidak mampu menolak matawang mereka naik lebih tinggi.

Walaupun bank pusat tidak akan mengubah outlook mereka pada hari ini, namun Presiden Mario Draghi dijangka mengeluarkan kenyataan yang lebih berhati-hati, sekali gus menekan euro.

Akan tetapi, jika Draghi mengambil pendirian yang lebih hawkish, matawang tunggal euro berpotensi untuk melonjak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: