Preview News Penting Buat EUR, CAD & USD: 22/06/2018

Preview News Penting Buat EUR, CAD & USD: 22/06/2018

1) Data PMI Eropah Bermula jam 3 petang, Perancis menjadi negara terawal mengeluarkan laporan PMI Pembuatan dan Perkhidmatan, kemudian diikuti oleh

1) Data PMI Eropah

Bermula jam 3 petang, Perancis menjadi negara terawal mengeluarkan laporan PMI Pembuatan dan Perkhidmatan, kemudian diikuti oleh Jerman (3.30 petang) dan Zon Eropah (4.00 petang).

Sektor pembuatan dan perkhidmatan baig negara utama Eropah termasuk EU dijangka berkembang lebih perlahan pada bulan Jun dengan bacaan awal indeks PMI diramalkan lebih rendah berbanding laporan pada bulan sebelumnya.

Secara keseluruhannya, kadar pertumbuhan semasa kedua-dua sektor yang dilaporkan oleh Markit masih dalam keadaan yang baik.

2) Inflasi & Jualan Runcit Kanada

Bank Pusat Kanada (BoC) optimis dan yakin dengan pertumbuhan inflasi dan pendapatan. Pada bulan April lalu, angka indeks harga pengguna (CPI) naik 0.3%, namun CPI Teras hanya meningkat sekitar 0.1%

Laporan bagi bulan Mei yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam dijangka dapat memberikan petunjuk kepada unjuran inflasi di Kanada.

Pada waktu yang sama, Kanada juga akan menerbitkan laporan jualan runcit bagi bulan April.Harga jualan runcit dijangka tidak berubah di paras 0.0% selepas meningkat 0.6% pada bulan Mac yang lalu.

Manakala bacaan jualan runcit teras (tidak termasuk automotif) pula diramalkan naik daripada -0.2% kepada 0.5% pada bulan April

Kedua-dua laporan di atas dijangka akan memberi impak yang besar kepada pergerakan loonie (CAD) hari ini.

3) Data PMI AS

Bacaan awal indeks PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS bagi bulan Jun akan mengakhiri laporan utama ekonomi pada minggu ini.

Markit dijangka menerbitkan angka yang lebih rendah berbanding bulan Mei, namun kedua-dua sektor ini masih menunjukkan berkembang baik dengan bacaan indeks kekal di atas 50 mata

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: