Pasaran Eropah dan UK kembali dibuka pada hari Selasa dengan laporan PMI Pembuatan Jerman, Sepanyol, Itali, EU dan UK untuk bulan Mac menjadi tumpuan
Pasaran Eropah dan UK kembali dibuka pada hari Selasa dengan laporan PMI Pembuatan Jerman, Sepanyol, Itali, EU dan UK untuk bulan Mac menjadi tumpuan utama pasaran pada hari ini.
Jerman sebagai pemilik ekonomi terbesar Zon Eropah akan mengeluarkan data Jualan Runcit bagi bulan Februari bermula jam 2.00 petang dengan jangkaan meningkat ke paras 0.6% selepas jatuh -0.7% pada bulan Januari yang lalu.
Sepanyol sebagai pemilik ekonomi keempat terbesar Zon Eropah masih tertekan dengan kadar pengangguran yang tinggi.
Perubahan jumlah pengangguran menerusi ‘Unemployment Change’ adalah indikator awal yang menjadi rujukan pelabur untuk menilai keadaan semasa sektor pekerjaan di Sepanyol.
Selepas hilang 6,300 pekerjaan pada bulan Februari, jumlah pekerjaan pada bulan Mac dijangka terus jatuh sebanyak 46,500.
Sepanyol juga akan mendahului laporan PMI Pembuatan. Bacaan akan dikeluarkan pada jam 4.15 petang. Kemudian diikuti oleh Itali, Jerman, EU dan UK.
Pertumbuhan sektor pembuatan Zon Eropah terus berkembang dengan pesat walaupun bacaan indeks PMI Sepanyol dan Itali diramalkan sedikit rendah berbanding bulan yang lalu namun kekal di atas 50 mata.
UK mengakhiri laporan PMI Pembuatan pada jam 4.30 petang. Sektor pembuatan terus berkembang didorong oleh kejatuhan nilai pound dan bacaan PMI bulan Mac yang akan dikeluarkan oleh Markit dijangka meningkat kepada 54.7
COMMENTS